“Uji Rashid Tak Kena Halau!” – Wakil Keluarga Tampil Beri Penjelasan Sebenar

 

 

Wakil keluarga penyanyi popular 1970-an, Uji Rashid tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada mereka sekeluarga.

Kata individu yang menggunakan nama Rehan Ismail di Facebooknya, Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang sedang disewanya sekarang namun mencari alternatif untuk terus menyara keluarga.

“Nak beritahu juga, bukan kena halau. Sekarang menyewa apartment RM1,500, tak beli sebab banyak dokument melibatkan slip gaji dan sebagainya.

“Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.

“Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu). Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu,” jelasnya.

Rehan memohon agar situasi yang berlaku kepada Uji dan keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

“Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia single sejak Cico bayi lagi.

“Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah dugaan yang dia harus hadapi.

“Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan,” tambahnya.

Beberapa hari lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu dilaporkan terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Berita sedih itu dikongsikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Rehan Ismailkredit: gempak.com

Diarahkan Keluar Dari Rumah Sewa, Uji Rashid Mohon Rumah PPR

Diarahkan Keluar Dari Rumah Sewa, Uji Rashid Mohon Rumah PPR

Bintang veteran terkenal, Uji Rashid diminta keluar dari rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Berita sedih tersebut dikongsi oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @mynohomar.

“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.

“Beliau ada memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulis Noh.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu hadir ke pejabat Noh bagi memohon bantuan rumah PPR.

Turut hadir bersama Uji ke pejabat tersebut adalah anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucunya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Noh


sumber: gempak.com