Takut diserang netizen, Rita Rudiani nafikan berkawan baik dengan Izreen Azminda

Takut diserang netizen, Rita Rudiani nafikan berkawan baik dengan Izreen Azminda
Nampak gayanya, kontroversi penceraian madu Izreen dengan suaminya, Ude Wahid belum sampai ke penghujungnya lagi, meskipun kontrak Izreen sebagai duta kepada beberapa buah produk telah ditamatkan serta-merta.

Terbaru, netizen turut mengaitkan nama pelakon Rita Rudiani turut di dalam kontroversi yang hangat ini apabila Instagram beliau telah diserang oleh ribuan komen yang ditinggalkan oleh netizen prihatin yang meminta supaya pelakon jelita itu menasihatkan kawan baiknya itu.


Kesian kat madu kawan u sis

Menurut mereka, sebagai seorang yang rapat dengan Izreen Azminda, beliau sepatutnya menghalang Izreen daripada menumpang kasih dengan wanita lain.

Advertisement

Mungkin geram dengan sikap netizen yang semakin ‘meroyan’ dengan kontroversi itu, Rita kemudiannya bertindak menafikan sebarang campur tangan di dalam urusan peribadi orang lain.

Selain itu, pelakon jelita itu turut hairan mengapa beliau menjadi sasaran netizen sedangkan beliau langsung tiada kaitan dengan isu rumah tangga Izreen dengan suaminya itu.

Selain itu, penyanyi Ani Mayuni turut tampil ke hadapan mempertahankan Rita. Menurut Ani, Rita dan Izreen bukanlah berkawan baik seperti apa yang disangka.

Haih, bertabahlah Kak Rita. Satu janda punya cerita, habis janda lain yang dikaitkan. Semoga netizen lebih peka dan menggunakan otak mereka sekali sekala ketika meninggalkan komen supaya tidak kelihatan ‘bangang’ seperti selalu.