Suami kentut di muka isteri didakwa hari ini

MOHD. NIZAM URI mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang mencemuhnya kerana kentut di hadapan muka wanita itu di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor hari ini. – UTUSAN

KUALA LUMPUR 15 Mac – Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang mencemuhnya kerana membuang angin di hadapan muka mangsa, awal tahun lalu.

Mohd. Nizam Uri, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Alimaton Ali, 40, di sebuah rumah di Jalan 2/7, Taman Dagang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 1 Januari 2017.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun Mohd. Nizam yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

Majistret Haslinda A. Raof membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan mangsa yang juga pengadu dalam kes ini selepas isterinya menyuruh tertuduh pergi ke kedai untuk membeli gas kerana hendak memasak. Kemudian tertuduh telah berdiri membelakangkan punggungnya ke arah muka mangsa dan kentut di hadapan isterinya.

Pengadu telah memanggil tertuduh dengan perkataan kesat dan secara tiba-tiba tertuduh berang lalu bertindak agresif dengan menampar muka isterinya berkali-kali dan menumbuk seluruh anggota badan selain menghantukkan kepala mangsa ke dinding. – Utusan

Hidu kentut suami boleh panjangkan umur isteri

hidup-768x465

Hidu kentut suami boleh panjangkan umur isteri|Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.

Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.

Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri  kerana pada hakikatnya, ia  dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.

Sumber