Sebak! Sufian Suhaimi Ucap Selamat Hari Lahir Buat Elfira

Bukan mudah untuk melepaskan orang yang kita sayangi begitu sahaja. Apatah lagi hampir selangkah mengikat ikatan yang sah. Namun kata orang jika tiada jodoh, hendaklah kita terima seadanya
Sufian Ucap Selamat Hari Buat Elfira
Begitu jugalah yang terjadi di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi apabila mereka ditakdirkan untuk berpisah setelah ikatan pertunangan mereka terputus di tengah jalan.

Namun begitu, meskipun sudah tidak lagi bergelar tunang pada pasangan masing-masing, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkawan baik. Hari ini, 8 Mac adalah Hari Lahir Elfira, dan Sufian menerusi laman Twitter nya turut ucapkan Selamat Hari Lahir.

Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun peminat sudah mengetahui ianya ditujukan buat bekas tunangnya itu.

BACA  DUA JUTA Tontonan Untuk Lagu Putus Tunang Sufian Suhaimi!
Peminat Doakan Sufian Tabah

Sehingga kini Tweet tersebut semakin tular dan peminat-peminat Sufian turut mendoakan yang terbaik buat untuknya. Malah pelbagai komen nasihat dan doa terus diberikan buat penyanyi ini. Kami percaya jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik. Buat Elfira dan Sufian semoga dipertemukan jodoh yang sebaiknya kelak!

sumber