“Saya Kini Terpaksa Menjaganya Seperti Anak Kecil..” SAMA-SAMA KITA DOAKAN UJI RASHID DAN JUGA CICO DENGAN TABAH MENGHADAPI UJIANNYA..

 

Beberapa hari yang lalu, artis veteran Uji Rashid dilaporkan terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan seterusnya memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Berita itu telah dikongsikan sendiri oleh Menteria Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Walaubagaimanapun, seorang wakil keluarga menafikan bahawa Uji dihalau keluar.

‘Dia menjaga Cico yang sakit sejak tahun lalu..’

Seorang individu yang menggunakan nama Rehan Ismial di Facebook berkata bahawa Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang disewanya sekarang, sebaliknya mencari jalan serta cara untuk terus menyara keluarga.

Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan

Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.

Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu). Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu.

Rehan juga memohon agar situasi yang dihadapi Uji dan keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah Datuk Sharifah Aini.

Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia single sejak Cico bayi lagi.

Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah dugaan yang dia harus hadapi.

Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan.

Sumber:Astro Awani

Semalam, tersebar satu berita mengatakan penyanyi era 1970-an itu telah diusir dari kediaman sewanya di Ampang, Selangor sehingga memaksanya untuk meminta bantuan tinggal di skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bagaimanapun pengurusnya, Kit Rushuhaimi memaklumkan bahawa penyanyi veteren itu berasakan bahawa masyarakat pasti sudah memandang serong kepada dirinya selepas berita tersebut tular.

“Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.

“Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia berhadapan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital pada Khamis sehari selepas berita itu tersebar,” ujarnya dipetik mStar Online.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu tersebut telah menerima banyak panggilan daripada pelbagai pihak yang mahu mengetahui kebenaran perkara yang terjadi.

“Saya kasihan dengan dia, tak sanggup nak angkat telefon kerana ramai yang bertanya hal itu. Pada saya dia seorang wanita yang kuat berhadapan dengan ujian.

“Sejak setahun kebelakangan ini kehidupannya agak sukar, terpaksa menanggung keluarga seorang diri. Anaknya Cico sedang sakit dan banyak duit habis untuk pembiayaan rawatan Cico,” tambahnya.

Sebelum ini, Ciko atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin telah mengalami penyakit misteri apabila dia bagaikan telah dianiaya oleh seseorang sekitar dua tahun lalu.

Malah, sebagai seorang ibu, Uji mengambil keputusan untuk merawat anaknya sendiri berseorangan dan disebabkan itu dia perlu mengeluarkan belanja yang banyak bagi menampung kos rawatan Cico.

“Saya terpaksa menolak tawaran kerja untuk menumpukan perhatian pada satu-satunya zuriat saya. Kesusahan saya hanya Tuhan saja yang tahu.

“Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit. Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi dan rawatan setiap hari.

“Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap, menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil,” ujarnya dipetik pula dari BH Online.