Rita Rudaini Atur Pertemuan Dengan Isteri Pertama Ude Wahid

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Rita Rudaini yang merupakan sahabat baik kepada Izreen meluahkan rasa kesalnya apabila dirinya turut menerima tempias kontroversi Izreen Azminda dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahidatau Ude.

Segalanya menjadi semakin parah apabila Izreen dan Ude, memilih untuk memadam akaun Instagram mereka bagi mengelakkan segala kritikan netizen. Jelas Rita, beliau hanyalah rakan pada Izreen dan sama sekali tidak terbabit dalam hal rumah tangga mereka.
Rita Bertemu Intan Liana

Terbaru, sesuatu yang mengejutkan ramai peminat apabila Rita telah memuat naik gambarnya bersama Intan Liana Saleh, madu kepada Izreen Azminda. Dalam pertemuan itu, turut terlihat kakak Intan,Roza Saleh dan aktres Nazia Mustafar.

“Saya pernah jadi isteri seperti dia,”

Menurut Rita, ada benarnya beliau dan Izreen berkawan namun tidaklah segala urusan peribadi perlu masuk campur. Dikhabarkan Ude bakal menceraikan Intan pada 22 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

 

Nazia Mustafar Ipar Kepada Liana

Sesuatu yang mengejutkan juga apabila pelakon Nazia Mustafar telah mendedahkan bahawa beliau dan Intan mempunyai pertalian di mana Intan adalah iparnya. Pendedahan ini dibuat Nazia menerusi Instagram nya baru-baru ini.

Untukk anda yang masih keliru bagaimanakah hubungan Intan dan Nazia, suka untuk kami jelaskan bahawa abang kepada Nazia telah berkahwin dengan kakak Liana. Semoga segalanya dipermudahkan buat Intan.

sumber: instagram naziamustafa