Pengumuman Rasmi Penamatan Kontrak Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Meeracle

Ini satu laporan terbaru yang dibuat oleh portal Rotikaya tentang pelakon popular Izreen Azminda.

Umum mengetahui Izreen Azminda merupakan duta kepada beberapa produk seperti tudung dan juga produk kecantikkan.

Ekoran kisah berkaitan rumahtangga yang melanda Izreen Azminda, iaitu suaminya mahu menceraikan isteri pertama, ada netizen yang mengajak memboikot semua produk yang berkait dengan Izreen.

Antara yang menjadikan Izreen Azminda sebagai duta produk ialah Meeracle.

Baru-baru ini sebuah produk kecantikan, Meeracle yang menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai duta telah menamatkan kontrak.

Melalui satu surat kenyataan rasmi yang dimuatnaik oleh Rotikaya, Meera Noradin, pengasas Meeracke memaklumlah Izreen Azminda bukan lagi duta produk itu.

Ini kenyataan dari pihak Meeracle:

Perhatian Pengguna Setia Meeracle

PENAMATAN KONTRAK IZREEN AZMINDA SEBAGAI DUTA PRODUK MEERACLE

Merujuk perkara di atas, kami di pihak pengurusan Meeracle ingin menjelaskan kontrak Izreen Azminda sebagai duta produk telahpun tamat 15 Februari 2018 yang lalu.

Pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak meyambung kontrak Izreen Azminda sebagai duta produk Meeracle di atas sebab tertentu.

Di harap penjelasan ini dapat menjawab soalan yang diajukan

Izreen Azminda dilihat telah memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya, Ude Wahid.

Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.

Baru-baru ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Di laman Instagram Intan, semakin ramai yang mula follownya dan jumlah pengikutnya meningkat sekali ganda.

Intan juga dilihat mula menjual produk dan ramai yang menyatakan sokongan kepada Intan.

Sumber: Rotikaya