PASANGAN SUAMI ISTERI MEMESAN HIDANGAN MAKAN MALAM BERHARGA RM1170 SETIAP SEORANG DI RESTORAN KETUJUH TERBAIK DUNIA, DAN INI ADALAH HIDANGAN YANG MEREKA NIKMATI….ALAHAI

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menikmati hidangan masing-masing dan memuaskan diri sendiri sekiranya mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat begitu. Seperti pasangan suami isteri ini yang telah membayar RM2340 untuk 25 hidangan di Restoran Gaggan di Bangkok, Thailand.

Pasangan ini tidak berharap kebanyakan orang yang melihat hidangan ini akan berkunjung ke restoran ketujuh terbaik di dunia ini, tetapi sekadar mahu berkongsi apa yang telah dihidangkan kepada mereka dengan 25 hidangan masakan India yang telah diolah dengan berkonsep artistik, inovatif dan moden oleh Cef Gaggan Anand, seorang cef bertaraf bintang Michelin.

Restoran Gaggan telah dinobatkan sebagai restoran nombor 1 di Asia selama tiga tahun berturut-turut dan Cef Gaggan Anand bercadang mahu menutup operasi restoran ini pada tahun 2020 dan akan diganti dengan sebuah restoran kecil di Fukuoka,  Jepun tidak lama lagi bersama rakan, Cef Takeshi ‘Goh’ Fukuyama.

Pasangan suami isteri ini telah terbang ke Bangkok dengan membuat tempahan awal untuk menikmati hidangan makan malam di restoran ini. Sesampai di sana, pelayan mencadangkan untuk membawa mereka ke meja Cef dan dengan berbesar hati mereka menerimanya.

Hidangan dari menu dengan tema ‘perjalanan masakan India dengan sentuhan moden dalam 25 emoji’ adalah seperti berikut.

Sementara menunggu makanan, dilihat para pekerja dan cef sedang sibuk menyediakan hidangan yang ditempah.

Hidangan pertama ialah ‘paan’, hidangan tradisional India yang dibuat dengan ramuan daun sirih, pelbagai buah-buahan, rempah ratus dan tembakau.

Tetapi paan ini agak berlainan rasanya kerana ia hanya daun sirih yang digoreng rangup dengan campuran dan adunan tepung tempura yang lembut bersama colekan jem berperisa cili istimewa di atasnya.

Ini adalah hidangan yang membuat Cef Gaggan Anand menjadi terkenal. Ia adalah hidangan yogurt yang dipanggil ‘raita’ tetapi dalam bentuk dan teknik sperifikasi.

Penyediaannya dengan menggabungkan sodium alginate dan kalsium dari susu dan bertukar menjadi yogurt yang akan meletup dan mencair di dalam mulut bagi sesiapa yang memakan dan kemudian meminumnya.

Dan ini adalah Cef Gaggan Anand yang sedang menyediakan hidangan, chef bertaraf dunia yang memegang dua bintang Michelin bagi restorannya.

Seorang cef yang menjadikan makanan sebagai satu seni dengan mengunakan pelbagai teknik penyediaan makanan yang berbeza.

Hidangan seterusnya ialah sup tomyam berbentuk seperti ini. Ini adalah rupa ala kepala udang yang sudah dikeringkan dengan ramuan tomyam yang dibaluti dengan rasanya sama seperti sup tomyam tetapi dalam bentuk rangup.

Ini pula adalah hidangan biskut wafer terung dengan teknik penyediaan yang rumit dan unik seperti berikut :

1.Terung segar dibakar di luar tetapi dimasak dengan lembut di dalam.

2.Disejuk beku di dalam peti sejuk beku segera pada suhu -40°Celsius.

3.Disejuk beku kering untuk membuang semua kelembapan terung selama 4 hari.

4.Terung dijadikan serbuk, dicampur rempah ratus dan minyak menjadi doh dan dipotong dengan potongan biskut.

5.Cutni bawang istimewa diletakkan di antara kedua potongan biskut wafer terung.

Antara 8 hingga 9 orang cef diperlukan untuk menyediakan wafer terung ini dalam masa 5 hingga 6 hari sebelum boleh dihidangkan kepada pelanggan yang akan menikmatinya dengan beberapa kali kunyahan.

Hidangan ini adalah manisan atau gula-gula yang diperbuat daripada cili, tetapi tidak terlalu pedas, dengan rasanya yang lemak berkrim.

Manakala yang ini adalah hidangan otak kambing dengan ramuan yang unik dan lazat tanpa anda dapat menganggak ia adalah hidangan protein dan daging.

Ini adalah ‘Idli Sambar’, sejenis hidangan berasal dari India Selatan yang diperbuat daripada beras, kacang lentil, rempah ratus dan asam jawa.

Dalam hidangan ini, idli diperbuat dalam bentuk paf beras dengan rasa yang lembut dan ringan, manakala buih itu adalah sambar dengan rasa sup kacang lentil bersama rempah ratus dan rasa masam manis asam jawa.

Cef Gaggan Anand tidak memakai pakaian putih seperti cef lain.

Ini adalah hidangan hati ayam dengan kelapa.

Rasa burger kecil yang paling sedap walaupun ringkas.

Taco atau tortilla ikan dengan salsa mangga segar.

Ini pula adalah hidangan ‘foie gras’ (hati itik yang sudah dikembangkan) bersama ‘marshmallow yuzu’ dalam bentuk wafer.

Ini adalah hidangan kek ikan dalam bentuk dan tekstur seperti kek keju.

Hidangan landak laut dengan sorbet yang dibaluti rumpai laut.

Hidangan sushi tuna, yang dikatakan antara paling sesuai rasanya di dunia.

Ini adalah hidangan teh ‘matcha’, campuran teh sejuk yang terdiri daripada ramuan asparagus, saleri, serta beberapa jenis sayuran dan herba. Yang sebenarnya adalah sup sayur seperti yang diberitahu oleh Cef Anand.

Hidangan kari kekapis dengan aiskrim kelapa dan cutni cili hijau.

Hidangan burung puyuh ‘chettinad’ dalam sangkar.

Apa yang dibakar?

Ini adalah ‘Paturi’, hidangan nasi dan ikan berempah yang telah dimasak dan dibalut dalam daun pisang yang ditindan bersama dua kayu cedar sebelum dibakar untuk mendapatkan aroma dan rasanya.

Hidangan dalam bentuk arang ini diperbuat dengan ramuan utama sayur asparagus dengan rasa berkrim.

Udang kara dengan sos kari dan rempah di atas ‘dosai’ (lempeng India).

Kotak ini dihidangkan, apa yang ada di dalamnya?

Ia adalah bunga ros yang diperbuat dengan hasil tangan daripada ubi bit. Rasa sayang mahu memakan ‘bunga ros’ ini.

Gabungan rasa kari, mangga dan coklat dalam satu. 

Ini adalah kek ‘Black Forest’. Ceri berada di dalam bentuk serbuk dan apabila anda memakannya ia mempunyai rasa berkrim seperti kek asal.

Hidangan berkotak sekali lagi dan terakhir.

Ini adalah ‘Ghewar’, hidangan pemanis mulut dari India Utara, gabungan biskut dan mangga yang tidak terlalu manis. Amat bersesuaian sebagai hidangan terakhir dan penutup tirai perjalanan kulinari yang sangat epik.

Pasangan ini berasa amat berbaloi menikmati hidangan makan malam di Restoran Gaggan dan akan berkunjung lagi untuk melihat dan merasai keunikan hidangan daripada Cef Gaggan Anand dan pasukannya yang lain kelak.

Apa pendapat anda dengan membelanjakan RM1170 setiap seorang dengan hidangan yang kreatif dan unik begini?

Era Baru

Post navigation