Mudahnya..Inilah Rahsia Turunkan Kolesterol Dan Berat Badan Dengan Barli.

 

Semua orang tahu barli mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Tapi tak ramai yang tahu barli juga mampu untuk menurunkan kolesterol dan berat badan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Hjh Fatmiarti Jamaran, beliau telah amalkan meminum air barli sejak dulu lagi tapi tidak pernah tahu tentang khasiatnya. Namun, setiap kali test darah, kolesterol dan tekanan darahnya berada pada tahap normal.

Jadi, hari ini kami nak kongsikan resepi minuman air barli dari Sumaiyah Abdullah untuk bantu anda turunkan kolesterol dan berat badan. InsyaAllah.

PETUA TURUNKAN KOLESTEROL DAN BERAT BADAN

Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar Biji Barli
2-3 sudu kecil Madu
3 gelas air
1 hirisan lemon
NOTE: Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

CARA-CARA:
Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil atau sederhana.
Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
Kemudian sejukkan.
Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli (Boleh juga nak ganti dengan gula).
Perahkan sedikit lemon atau masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata.
Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul-betul menyegarkan.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.

turunkan kolesterol dengan barli, turunkan berat badan dengan barli, khasiat barli, manfaat minuman barli, petua barli, resepi barli

Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya:

Menyejukkan badan.
Barli bersifat anti-bakterial. Bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
Mengawal gula dalam darah.
Mencegah jangkitan saluran kencing.
Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi.

Okey. Selamat mencuba.

PENAMBAHAN: Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir tau.

Sumber: Sumaiyah Abdullah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ