Motosikal dibawa pulang, mayat penunggang ditinggalkan.

 

KUALA LUMPUR 19 Mac – Mayat ditinggalkan di tempat kejadian manakala motosikal dibawa pulang.

Itu yang dipercayai berlaku terhadap mayat seorang lelaki yang disyaki dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Kilometer 34.3, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari arah USJ ke Klang, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai menaiki motosikal kerana terdapat topi keledar di sisinya. Bagaimanapun kende­raan tersebut tidak ditemukan di lokasi kejadian.

Menurut sumber, polis yang melakukan siasatan akhirnya menemukan motosikal tersebut di sebuah kediaman di PJS 6, Desa Menteri, Petaling Jaya kira-kira pukul 4 petang dipercayai dibawa balik oleh rakan mangsa yang juga merupakan abang kepada pemilik kenderaan tersebut.

Ujarnya, lelaki ter­­sebut yang sebelum itu bertemu dengan mangsa di sebuah kedai tom­yam, dikatakan telah mem­bawa balik motosikal tersebut secara senyap-senyap ketika orang ramai sedang mengerumuni mayat mangsa di lokasi kejadian.

“Lelaki itu dikatakan meninggalkan mayat mangsa dan membawa pulang motosikal dipercayai untuk menyembunyikan kejadian sebenar. Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan. Polis telah merampas motosikal tersebut,” kata sumber itu.

Auto Draft

Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Sumber dari Utusan Online viapemende.com

“Kita sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memohon saksi yang me­nyaksikan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” tambahnya.

sumber: utusan