“Kondo pun dia boleh bagi lah!!!…” – Giliran pengurus Sufian Suhaimi bongkar kisah sebenar…

 

Nampaknya isu putus tunang di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih belum reda tetapi semakin hangat kembali di media sosial apabila netizen mula kembali memperkatakan punca utama mereka putus.

Jika sebelum ini pihak Elfira banyak mengeluarkan kenyataan dan sering berkias-kias di laman media sosial, kali ini pengurus Sufian iaitu Mahadhir Mohamad sendiri yang menjelaskan mengenai isu tersebut.

Elfira yang tergila-gilakan Sufian!

Kenyataan diatas dikeluarkan berhubung ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menyatakan wang hantaran sebenar yang diminta ialah menyimpan sehari RM20 dalam AlQuran selama 365 hari.

Menurut Mahadhir, jika mengira hasil pendapat persembahan penyanyi Di Matamu itu, Sufian mampu untuk melakukan perkara tersebut. Namun, dia menganggap perkara memberi tip itu seperti merendahkan akhlak artis jagaannya.

Biar pihak sana meroyan

Sumber : Mahadhir Mohamad
Isu Putus Tunang: Ibu Elfira Loy Mengamuk Di Instagram

 

Baru sahaja mahu reda isu putus tunang di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, kini hangat kembali di media sosial apabila netizen mula kembali memperkatakan punca utama mereka putus.

Ibu Elfira Mengamuk

Antara yang diperkatakan oleh netizen adalah mengenai ibu Elfira yang kononnya mengamuk dan terkilan akan Sufian Suhaimi.

Terdahulu khabar angin mengatakan bahawa antara punca mereka putus adalah kerana ibu Elfira meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi dan juga syarat lain yang seperti terlalu sukar untuk dipenuhi.

“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu”

Keterangan status seperti di atas
Terkilan akan tuduhan tersebut, ibu pelakon ini kembali menolak dakwaan tersebut dan turut menjelaskan sebab wang dan syarat berkenaan diletakkan.

 

“Kenapa perlu nak ucap berjiwa kawan dekat media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup sensasi?”

Elfira Bengang Dengan Netizen

 

Sedar akan status ibunya hangat diperkatakan, Elfira turut berang dengan netizen tersebut serta turut mempersoalkan tujuan dia berbuat demikian kerana kedua-dua selebriti itu terdahulu sudah memutuskan enggan lagi bercakap mengenai hubungan mereka.

Apa pendapat anda? Bersabarlah Elfira, bak kata Ziana Zain anda sebagai ‘Public Figure’ akan sentiasa diperhatikan serta menjadi topik di kalangan peminat.- hangat.com