‘Ketika Majlis Bertunang Oktober Lalu Pun Sudah Tawar Hati’ – Bapa Elfira Loy

 

 

Kontroversi putus tunang yang melanda Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semakin kurang diperkatakan oleh netizen. Namun luahan ibu Elfira baru-baru ini menerusi Instagramstory membuatkan isu ini hangat kembali diperkatakan oleh netizen.

Terbaru, bapa Elfira ada membuat kenyataan terbarunya berkenaan isu putus tunang anak daranya dan penyanyi Di Matamu itu.
Tiada isu hantaran tinggi timbul ketika majlis merisik, tunang

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata kepada Rojakdaily bahawa soal hantaran tinggi tidak dibangkitkan semasa majlis bertunang atau merisik dan tidak seharusnya pihak luar membuat andaian bukan-bukan.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan.

Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

Petanda tak baik masa bertunang

Apa yang lebih mengejutkan, Ahmad Sabri mengakui sebagai bapa, hati kecilnya merasakan bagai ada yang tidak kena dengan hubungan anak perempuannya itu. Namun, dia memilih tidak mengendahkan perasaan itu.

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil.

Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

Bincang tidak teruskan hubungan Elfira-Sufian

Ahmad Sabri juga mendedahkan dia ada berbincang dengan bekas isterinya untuk tidak meneruskan pertunangan anak mereka selepas dua bulan tali pertunangan diikat.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka.

Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Sumber: Rojakdaily