Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi..Tahniah

 

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

InshaaAllah.. Saya Akan kongsikan pada masa yang sesuai ye..😍.. #Repost @rozisangdewi with @get_repost ・・・ Belum..belum..hehehehe. Tadi @ctdk ditemubual secara panggilan video di Melodi TV3, @meloditv3 maknanya beliau masih belum bersalin. Kepada para peminat @ctdk dan juga rakan-rakan media yang dihormati, jangan risau, sebagaimana beliau membuat pengumuman hamil secara ‘samarata’ , jika beliau selamat melahirkan nanti, pihak kami juga akan berbuat demikian. Kita bagi @ctdk, suami dan keluarga sedikit ruang dan kala tiba saat dan harinya, pasti khabar ini akan dikongsi bersama. Terima kasih kepada yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menghubungi, inshaAllah seperti yang saya tuliskan di atas, tiba saat dan harinya, selesai semua perkara, khabar ini akan dikongsikan jua. 😊❤️😍

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

 

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus