Jasad Saiful Berlumuran Darah Ditelan Mesin Kertas Ketika Sedang Bekerja

Raub – Malang tidak berbau semasa bertugas menyelenggarakan mesin memproses kertas tengah malam tadi secara tiba-tiba saiful tersepit oleh mesin terbabit yang menyebabkan dirinya maut. Arwah Saiful berasal dari Batu Talam Raub maut ditempat kejadian dengan sungguh tragis, arwah meninggalkan seorang isteri yang dinikahi setahun lalu.

Semoga isterinya Puan Iqma hizatul tabah mendengar berita ini insan yang selalu bersama tanpa boleh berjauhan pergi buat selamanya kembali pada pencipta.

Utusan melaporkan seorang lelaki maut selepas tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas di sini, malam semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku ketika Mohamed Saiful Nizal sedang melakukan penyelenggaraan mesin di kilang berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.01 tengah malam dan bergegas ke tempat kejadian.  Apabila sampai, terdapat seorang lelaki tersepit di dalam mesin dan mangsa meninggal dunia, katanya di sini hari ini, jasad Saiful selamat di semadikan pagi tadi. Al fatihah.

sumber:beritasayu