Elvina Sah Bergelar Isteri Datuk Muda

 

 

Elvina dan Mohd Haniff selamat bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR: Pelakon Elvina Mohamad selamat bergelar isteri kepada usahawan muda Datuk Mohd Haniff Borhan dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan di sini, pada Ahad.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, dan Haniff, 32 dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani kira-kira pukul 3.27 petang.

Pengantin perempuan menerima RM700 sebagai mas kahwin dan senaskhah Al-Quran sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas sembilan dulang.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/18/elvina-nikah/~/media/e17bc73c394747db985926bc32b7148b.ashx?la=en

Mohd Haniff bergelar suami dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat pengantin dan rakan media.

Sementara itu, pelakon drama Shhh… I Love You dan selebriti permotoran itu malangsungkan upacara pertunangan terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan.

https://www.instagram.com/p/BgdPO6Ghxra/

https://www.instagram.com/p/BgdJDEeB5fm/

Pada majlis itu, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan Inderaloka dan solekan oleh Sakinah.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/18/elvina-nikah/~/media/3baaf9264a77478da9daf536746ae1f6.ashx?la=en

Cantik Elvina mengayakan busana Inderaloka.

Majlis resepsi pasangan yang bertemakan Fairytale akan diadakan pada 24 Mac ini di lokasi sama, di sini.

Sebelum itu, majlis berinai berlangsung pada malam 16 Mac lalu di A Park, Puchong, Selangor dengan bertemakan Bollywood.

Elvina dan Haniff berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mulai rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.

Tags / Kata Kunci:Elvina Mohamad

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/18/elvina-nikah/#RzDOgAClQ6HEZslF.99

Elvina sah isteri usahawan berpangkat Datuk

KUALA LUMPUR: Aktres Elvina Mohamad, 23, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, pada majlis akad nikah di sebuah hotel di sini, pada jam 3.26 petang tadi.

Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad dan Mohd Haniff dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Mohd Radhi Abdul Ghani dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.

Elvina menerima senaskah al-Quran menggantikan wang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM700.

Elvina yang selesai menjalani penggambaran drama 30 episod, Isteri Untuk Diiktiraf siaran RTM, menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 jemputan merangkumi keluarga, kenalan rapat pengantin dan media.

Pada majlis itu, pasangan pengantin mengenakan busana putih rekaan Inderaloka dan solekan oleh Sakinah.

Terdahulu, pada sesi berasingan sebelum akad nikah, pasangan mempelai ditunangkan secara ringkas. Ibu Haniff, Datin Roslaini Sirun menyarungkan cincin tunang di jari manis bintang filem Cinta Si Wedding Planner itu.

Majlis resepsi Elvina dan Haniff akan diadakan di lokasi sama, Sabtu depan.

Elvina dan Haniff yang berkenalan dua tahun lalu, mula rapat sejak setahun lalu. Mereka membuat keputusan membawa hubungan ke jenjang pelamin, kira-kira tiga bulan lalu.

sumber: BH online