Dekoder TV Digital Percuma Diberikan kepada Penerima BR1M..Ada Yang Sudah Dapat Ke??

 

 

KUANTAN: Seramai 51,407 penerima BR1M di empat daerah di Pahang sudah menerima dekoder percuma bagi siaran televisyen digital melalui projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang dikendalikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata seramai 21,132 penerima di Kuantan; Temerloh (13,252), Pekan (10,370) dan Bentong (6,636).

“Unit dekoder percuma ini juga akan diedarkan ke daerah lain seperti Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Lipis, Maran dan Rompin sepanjang tahun ini apabila stesen pemancar masing-masing mula beroperasi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu perkembangan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional di Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, Shahaniza berkata, Pahang akan mempunyai enam stesen pemancar TV Digital dan setakat ini empat daripadanya sudah beroperasi.

Beliau berkata, stesen pemancar di Kuantan terletak di Bukit Pelindung manakala stesen pemancar Gunung Ulu Kali, Genting Highlands bagi daerah Temerloh dan Bentong.

Stesen pemancar di Bukit Senggora, Maran untuk liputan di daerah itu, Sri Jaya, Chenor, Chini, Pekan manakala stesen di Bukit Sembilan, Rompin untuk kawasan Bukit Ibam, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak dan Nenasi.

“Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan yang mengawal selia projek itu sedang dalam proses akhir untuk menetapkan tarikh pelancaran rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: http://www.mybuletin.net

Dekoder MYTV Percuma ni rasanya dah masuk tahun ketiga untuk pengagihan, sejak tahun 2016 lagi. Ramai yang berminat untuk mendapatkan dekoder MYTV ni, tetapi ramai yang merungut kerana tidak terpilih sebagai penerima dekoder MYTV percuma.

Persoalannya, siapa yang layak dapat dekoder ni?

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview.

Sekali lagi diulang, “penerima terbawah dalam senarai BR1M”..

Maksudnya, anda mestilah penerima BR1M kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 kebawah yang kini layak menerima RM1,200 pada tahun 2018 ini.

Cara Menuntut Dekoder MYTV Percuma

Ramai yang hantar email dengan saya, mereka bagitau yang mereka berjaya terpilih dapat dekoder MYTV percuma ni tetapi sampai sekarang dekoder tak sampai-sampai..siap marah lagi..hurrmm..

Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma

Seperti yang saya terangkan dalam blog post sebelum ni, dekoder percuma ini akan dihantar ke alamat sama dalam permohonan BR1M anda tu. Pengeposan ke alamat akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, jadi anda kena sabar.

Nak sabar sampai bila nak tunggu?

Sebelum anda nak marah, sila semak dulu liputan siaran MYTV di kawasan anda. Kalau pihak MYTV Broadcasting hantar dekoder tu sekarang, boleh guna tak? kalau kawasan anda tiada menara pemancar lagi, maka tak ada alasan anda nak minta dekoder tu cepat-cepat..

Cara Semak Liputan Siaran MYTV Di Malaysia

Macam mana nak tahu kawasan anda ada liputan siaran MYTV?

Cara untuk semak liputan siaran adalah melayari http://mytvbroadcasting.my/liputansiaran.html
Sumber: Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma