“Dat Lil Tummy!” – Peminat Speku Nabila Huda Hamil?

 

 

Kemas kini Instagram suami kepada pelakon Nabila Huda, Mohd Izwan Johar (@kidweebee) mengundang spekulasi peminat apabila aktres itu kelihatan seolah-olah berbadan dua.


Biarpun tiada kenyataan rasmi daripada pasangan tersebut, peminat sudah rancak memberikan ucapan tahniah dan bertanyakan kesahihannya.

“Abil pregnant ke?” soal @yahselamanya.

“Dat lil tummy! Love you guys…,” tulis salah seorang peminat mereka.

“Macam bebert pun pregnant,” tambah @nuraishah75 menerusi foto yang dimuat naik Izwan pada 8 Februari lalu.

Abil yang kini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah telefilem bersama Bront Palarae, Umie Aida dan Redza Minhat turut memuat naik fotonya ‘berbadan dua’.

“Alahai comelnya. Semoga betul-betullah mengandung kak,” komen salah seorang peminatnya.

“Tu mengandung ke atau pinjam perut aku?” soal salah seorang teman rapatnya.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang tampil menjelaskan situasi sebenar berdasarkan logik akal.

“Ramai yang tertipu dengan gambar ini Abil. Takkanlah dalam satu malam perut jadi besar macam ini. Korang pun lah hai,” tulis @sa5ma2sin.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kupu_kupu