Cederakan Anak Sehingga Luka Dan Lebam, Suami Ziana Zain Didakwa Di Mahkamah Puncanya Hanya Kerana…

 

 

Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam sebentar tadi atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan rotan pada 25 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.

“Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal,” katanya.

Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.

Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan.

Sumber: Kosmo Online

FOTO :