Bekas Bintang P0rn0 Ini Mendedahkan Rahsia Besar Selepas Mereka Berpisah.. Kesian Suami Dia

Lepas Anggap Suami Macam ‘Pakcik’, Wanita Ini Buat Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan..

SELEPAS mengumumkan memfailkan perceraian, bekas bintang p*rno di Thailand, Nat Kejsarin mendedahkan kebenaran yang mengejutkan!

Wanita itu berkata perkahwinannya dan suaminya dari Amerika, Harold, selama lima tahun tidak pernah sempurna kerana dia tidak mampu untuk melakukannya hubungan s*ks dengan lelaki itu.

Bintang s*ksi berusia 33 tahun itu berkata dia menghormati Harold seperti seorang ‘pakcik’, tetapi emosinya sering terganggu apabila melibatkan s*ks.

“Sejujurnya, sejak kami berkahwin, kami tak pernah melakukan s*ks. Bukannya kami tak cuba. Saya cuba, tapi tak boleh sebab saya tak pernah menyayanginya dengan cara itu.

“Saya menghormatinya seperti seorang pakcik, itu tak bermakna saya suka tidur dengan bapa saudara saya. Ia tidak betul,” katanya dalam temu bual dengan Manager yang disiarkan Sabtu.

“Kami cuba beberapa kali, tapi saya tak dapat meneruskannya. Saya rasa saya menyakiti diri saya secara emosi. Apabila dia datang, dia tidur di atas katil, saya tidur di sofa,” katanya dengan senyuman.

Kenyataan itu bertentangan dengan apa yang dikatakan Kejsarin dalam satu temubual dua tahun lalu bahawa dia jarang melakukan s*ks dengan Harold kerana bimbang dengan penyakit jantung yang dihadapinya.

Dia sebelum ini berkata: “Dalam beberapa tahun pertama perkahwinan, kami melakukan hubungan s*ks tapi tidak selalu sebab kami bersama bukan sebab s*ks. Dia terpaksa mengambil pil untuk sakit jantungnya. Saya sangat takut macam…’adakah dia akan mati’.”

Wanita ini berkata, Harold yang meminta perceraian kerana mengasihani dirinya.

 

Pasangan itu dalam perkahwinan jarak jauh kerana Kejsarin tidak dapat mendapatkan kad hijau dan sehingga kini, dia tidak bertemu Harold selama lebih setahun.

“Selepas kami berkahwin, kami terus menjalani kehidupan berasingan. Kami berjumpa satu sama lain sekali atau dua kali setahun dan saya tidak bertemu dengannya selama lebih setahun sekarang.”

Walaupun Harold memberikan nafkah bulanan, Kejsarin menegaskan dia tidak mengharapkan apa-apa wang daripada perceraian ini dan dia tidak pernah meminta wang perkahwinan.

“Saya tak minta apa-apa. Dengannya, dia menjaga perbelanjaan saya. Dia beri saya nafkah bulanan, tetapi tidak ada aset…rumah, kereta, tiada apa-apa. Saya menyara kehidupan saya sendiri sepanjang masa.”

Akhir sekali, dia mengejutkan peminatnya seluruh dunia apabila mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan sejenis dengan kekasihnya dari Vietnam di Instagram pada Rabu.

Dia menulis: “Dia baru berumur 24 tahun, sembilan tahun lebih muda daripada saya. Saya tak pernah terfikir akan berjumpa gadis penyayang dan secantik ini. Dia hadir ketika hati saya memerlukan seseorang, yang mempunyai perasaan sebenar untuk saya dan menghormati saya. Mulai sekarang, saya perlu bekerja keras, menyimpan wang dan terbang bertemu kamu setiap bulan #MyLittleVietnameseGirl.”

SUMBER : MSTAR ONLINE