AWAS! Sekiranya Anda Menjumpai Skru Seperti ini Ketika Berada Di Tandas Awam, Ini Sebabnya.. Sila Kongsi Jika Bermanfaat

 

 

Dunia semakin maju, teknologi pula semakin canggih dengan berbagai alat yang direkakan bagi memudahkan lagi aktiviti dalam kehidupan seharian manusia.

Tetapi, teknologi juga boleh mengundang bahaya sekiranya ia digunakan dengan cara yang salah sehingga memudaratkan orang lain. Salah satu contoh yang terdekat adalah dengan menyalahgunakan kamera pengintip untuk membuat intipan terhadap orang lain sewaktu berada di tandas atau pun bilik mandi.

Kamera yang digunakan untuk mengintip biasanya direka khas dalam berbagai bentuk seperti mainan, pen, penyangkut baju, jam dan bermacam lagi yang tidak pernah dijangkakan manusia. Sekali pandang pasti tiada siapa pun menyangkan barangan tersebut adalah sebuah kamera yang berfungsi.

Pada masa ini, kamera pengintip yang direka untuk mengintip dengan menggunakan bentuk skru yang diletakkan pada pintu tandas untuk memudahkan perbuatan intipan. Perkara ini telah merungsingkan ramai orang sehingga ada yang menjadi takut untuk pergi ke tandas awam.

Seorang netizen dari luar negara telah berkongsi tentang kamera mengintip ini yang dapat dikesan tersembunyi diletakkan di dalam skru di sebuah tandas awam.

Menurut kenyataan posting tersebut, “ini adalah satu peringatan buat semua orang yang sering mengunjungi tandas awam, terutamanya wanita. Sila berhati-hati kerana di sana ada individu yang akan mengugut anda dan mencari cara bagaimana untuk meletakkan kamera tersembunyi berkenaan di dalam tandas. Mereka kemudiannya mengambil gambar anda dan seterusnya memuat naik gambar tersebut ke laman web yang tidak sepatutnya.”

“Berkemungkinan si pelaku tersebut akan mengambil gambar ketika anda berada dalam tandas dan bertindak mengugut anda untuk meraih pendapatan mudah. Jadi sila ingatkan kepada semua oranf, teman wanita, isteri, anak perempuan dan semua keluarga anda berkaitan dengan perkara ini agar mereka tidak menjadi salah seorang mangsa mereka,” katanya.

Amaran menerusi posting berkenaan telah dikongsi oleh ribuan netizen dan turut menasihati antara satu sama lain agar terus berhati-hati sewaktu menggunakan semua tandas awam atau bilik persalinan walau di mana berada.

Untuk pengetahuan semua, kamera tersembunyi yang menggunakan objek tertentu agak sukar untuk dikenalpasti dengan objek yang asal, jadi anda harus berhati-hati sewaktu berada di tandas awam.

sumber