Ambil Pakej Berpantang 5 Bintang, Datuk Seri Siti Nurhaliza Dikecam Kerana Membazir!!

 

Pakej Berpantang 5 Bintang dgn 2 Pekerja, Datuk Seri Nurhaliza Dijaga Ibarat Permaisuri

PROSES berpantang yang dilakukan jantung hati rakayat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan sesuatu yang cukup istimewa kerana beliau mengambil pakej lima bintang.

Pakej penjagaan ibu dan anak kendalian Natalis Mother Care selama 44 hari itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan berurut selepas bersalin namun ia termasuklah aktiviti bertunku yang menjadi amalan ibu bersalin sejak turun temurun.

Malah Siti juga akan dibekalkan makanan berkhasiat mengkut jadual yang ditetapkan.

Menurut pemilik pusat khdmat penjagaan itu, Suzita Wirjon, 38, pihaknya turut menghantar dua orang pekerja bagi menjaga Siti Nurhaliza dan bayinya

“Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku.

“Selain itu pihak Natalis juga menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam kerana mereka memerlukan penjagaan yang terbaik,” kata Suzita kepada mStar Online.

Berkenaan dengan makanan harian pula, pihaknya menyediakan ikan salmon berkualiti memandangkan ia adalah makanan kesukaan Siti selain ia mempunayi khasiat yang banyak.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan bubur nasi kerana ia antara makanan utama yang disarankan doktor dan sesuai untuk wanita bersalin secara pembedahan.

Malah, jika Siti mengikut aturan permakanan yang betul, dia boleh menurunkan berat badan dengan cepat.

“Bagi makanan harian untuk Siti, kami sediakan ikan salmon yang berkualiti. Siti sendiri yang membuat pemintaan nak makan ikan itu.

“Doktor pun ada sarankan untuk wanita bersalin secara pembedahan ini bubur nasi turut membantu mengenyangkan selain memudahkan proses penghadaman.

“Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika dia ikut aturan permakanan yang betul seperti disediakan,” ujarnya.

Kata Suzita, pakej yang diambil Siti itu bernilai RM8,800 merangkumi makanan tambahan dan dua orang pekerja,

Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar yang dibayar oleh penyanyi itu.

Selain Siti, antara selebriti yang turut mengambil pakej daripada Natalis Mother Care ialah Jihan Muse, Nora Danish, Fouziah Gous dan Eira Syazira.
Siti Nurhaliza Akhirnya Berkongsi Apa Yang Dia Rasa Selepas Doktor Beri Fatimah Az-Zahra Kepadanya

 

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terasa seakan bermimpi sebaik doktor meletakkan bayi perempuan dalam pelukannya selepas selamat bersalin, semalam.

Siti, 39, menerusi pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan sedih kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin.

“Apabila dapat berjumpa Siti semalam, saya terus bertanya kepadanya apa yang dia rasa selepas melihat bayi sendiri. Siti berkata, semasa doktor meletakkan bayi dia sangat gembira dan tidak fikir perkara lain. Siti juga menangis.

“Menurut Siti, dia rasa seperti bermimpi dan tidak percaya sudah memiliki cahaya mata. Malah bukan Siti saja, tetapi saya sebagai orang yang rapat dengan Siti pun berasa perkara sama. Sebab tempoh 11 tahun terlalu lama.

“Alhamdulillah, petang semalam Siti sudah boleh makan dan dia juga sudah mulai menyusukan anak. Memandangkan ini pengalaman pertamanya, jadi dia masih dibantu jururawat,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan penyanyi lagu Segala Perasaan itu, Rozi berkata Siti kini ditempatkan di wad biasa.

“Memandangkan Siti menjalani pembedahan, jadi ada beberapa prosedur perlu diikuti. Sehingga semalam dia masih ditempatkan di bilik pemantauan.

“Pagi tadi, Siti sudah dibawa ke wad biasa. Alhamdulillah, Siti dan bayi berada dalam keadaan sihat. Cuma, buat masa sekarang Siti masih perlukan rehat. Siti dijangka berada di hospital dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

Mengenai gambar wajah anak Siti yang tular semalam, Rozi berkata dia tidak mahu mengganggu emosi Siti.

“Saya tidak mahu berkongsi apa yang berlaku kepadanya kerana ingin menjaga emosi. Cuma, saya ada meminta izin untuk memuat naik status di laman Instagram semalam berkenaan perkara ini.

“Dalam erti kata lain, kami sebenarnya terkilan dengan apa yang terjadi. Namun, kami tidak boleh menghalang perkara terbabit. Kalau ditanya kepada Siti pun, dia pasti tidak akan menyalahkan mana-mana pihak. Siti jenis yang mudah bertoleransi,” katanya.

Terdahulu, Siti selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, semalam.

Siti selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memilih nama Fatimah Az-Zahra sebagai panggilan sementara sebelum mengumumkan nama sebenar dan wajah anak mereka selepas hari ketujuh kelahiran.

SUMBER : HMETRO ONLINE