Amat Mengagumkan! Lihat Bagaimana Wanita ‘Berpenyakit Mental’ Ini Menjaga Bayinya Yang Baru Dilahirkan..!!

 

 

Hikayat Dunia

Seorang wanita Filipina yang dikatakan mengalami penyakit mental telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Walaupun keadaan hidupnya yang melarat kerana kemiskinan, ditambah pula dengan keadaan kesihatannya yang dikatakan mengalami sakit mental, dia masih mahu menjaga bayinya. Dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga anak kecilnya dengan sebaik-baiknya.

Eksploitasi seksual merupakan antara barah dalam masyarakat kini. Bayi yang tidak dikehendaki akan dibuang atau dibunuh kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk membesarkan mereka.

Tetapi kes ini adalah sesuatu yang agak luar biasa. Walaupun wanita ini tidak mampu untuk menjaga dan membesarkan bayinya, dia tetap mahu menjaganya. Ha ini mungkin kerana menurutnya bayi kecil itu telah memberikan makna dalam hidupnya.

Honey Stepie telah memuat naik gambar di Facebook yang menunjukkan seorang wanita yang sedang menjaga bayinya yang baru lahir. Tidak jelas di mana gambar-gambar tersebut diambil, tetapi laporan yang diterima mengatakan ianya di Filipina.

Berita tersebut telah tersebar luas dan orang ramai kagum dengan ketabahan wanita itu.

Via Era Baru