5 Sebab Mengapa Raja Ilya Tolak Tawaran Berlakon Dalam Filem Marvel

 

 

Hasrat untuk melihat rakyat Malaysia pertama berlakon di dalam filem Marvel nampaknya tidak kesampaian kerana Raja Ilya telah mengumumkan untuk tidak meneruskan sesi pemilihan pelakon filem adiwira itu.


5 Sebab Raja Ilya Tolak Tawaran
Berita itu ternyata mengecewakan ramai peminat kerana seperti sedia maklum, Marvel begitu terkenal dan setiap filemnya pasti ditunggu-tunggu ramai.

Raja Ilya menolak tawaran tersebut kerana merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya.Pasti ramai yang ingin mengetahui apakah sebab beliau menolak tawaran ini bukan? Meskipun tidak memberitahu apakah sebabnya namun Hangat.com bawakan 5 sebab kemungkinan pelakon cantik ini tidak meneruskannya.

1. Jadual Yang Terlalu Ketat

Mungkin ya dan mungkin tidak! Alasan kami komitmen untuk filem ini haruslah diberikan sepenuhnya. Memandangkan filem ini bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi, dan barang kali pada April seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Dan pada Mei umat Islam akan berpuasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri, sudah pasti bakal menjadi kekangan buat Ilya.

2. Adegan Bercium?

Hampir setiap filem Hollywood akan memaparkan adegan bercium mahupun di ranjang. Melihatkan komen Ilya mengenai faktor utama beliau menolak adalah kerana syarat yang ditetapkan Marvel, kami tidak tolak kemungkinan bahawa antara syaratnya itu adalah ‘bersedia’ untuk melakukan adegan ini.

3. Berpakaian Terlalu Seksi

 

Selain adegan bercium dan juga di ranjang, berpakaian seksi juga barangkali antara syaratnya. Lihat saja watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot. Seksi bukan?

4. Watak Yang Tidak Sesuai?

Berkemungkinan watak yang diterima juga adalah tidak sesuai. Segalanya adalah ‘mungkin’ kerana seperti yang kita ketahui Marvel begitu memilih pelakon – pelakonnya begitu juga dengan Ilya sendiri.

5. Perubahan Diri Yang Ketara

Sebelum ini, Ilya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia untuk membuat perubahan pada dirinya.

Bukanlah untuk mendakwa mana-mana pihak, namun keberangkalian Ilya terpaksa membuat pembedahan plastik bagi menepati ciri yang diinginkan juga adalah faktor utama mengapa beliau menolak untuk berlakon.

Marvel tidak pernah memaksa pelakon – pelakon untuk berbuat demikian, namun untuk mencapai ‘kuota’ yang diinginkan siapa sahaja yang tidak mahu berkorban bukan?

Apa pun ini hanyalah tafsiran Hangat.com sahaja. Walaupun tidak akan berlakon dalam francais filem itu, Ilya khabarnya telah menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood. Nantikan pengumuman rasmi dari pelakon ini!

 

Sumber: Hangat.com