11 SEBAB KENAPA KITA PERLU AMALKAN MINUM AIR BARLI YANG RAMAI TAK TAHU !!

 

Kongsikan Artikel Ini!!

 Adakah anda suka minum air barli? Dalam keadaan cuaca panas ini amatlah sesuai meminum air barli kerana selain dikatakan mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan kepanasan dalam tubuh.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.

2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

Kongsikan Artikel Ini!!

Guna Air Cucian Beras Untuk Cantik, Ini Faktanya Yang Anda Kena Tahu!

SITI RAMLAH MAHMUD
September 5, 2017

AIR BERAS

Jangan anggap air cucian beras hanya baik untuk tanaman sahaja. Apa yang anda perlu tahu, air cucian beras ini cukup baik untuk merawat wajah dan menjadikannya kulit lebih cantik.

Beras yang mengandungi enzim semulajadi baik untuk merawat kulit malah bertindak memberi pelbagai kelebihan lain untuk kulit. Apa kelebihan lain yang mampu dilakukan oleh air cucian beras ini buat kulit kita? Kena baca ni.

Mencerah & Tanggalkan Bintik Hitam

Air cucian beras ini cukup baik untuk mencerahkan kulit. Malah bintik-bintik hitam jeragat juga akan dapat dikurangkan daripada biasa. Bukan itu sahaja malah nutrisi penting dan protein yang terdapat dalam air beras juga dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit. Cantik!

 

Pembersih Semulajadi

Ya air cucian beras memang pembersih semulajadi. Selepas membasuh beras buat kali ketiga, ambil airnya dan basuhlah kulit wajah. Tepuk-tepuk pada wajah dan biarkan kering. Jangan dilap dengan kain sebaliknya biarkan ia kering dengan sendirinya. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit lebih segar.

 

Hilangkan Jerawat

Bagi anda yang mengalami masalah jerawat dan sudah tidak tahu apa ubat yang patut dicuba, anda bolehlah mencuba lakukan pencucian dengan air cucian beras ini. Gunakan air basuhan beras kali ketiga ke wajah dan biarkan ia mengering dengan sendirinya. Muka akan teras sedikit pedih dan lama kelamaan akan pulih dan mengecutkan jerawat. Kena cuba!

 

Kawal Minyak

Bukan hanya baik untuk jerawat, air basuhan beras ini juga baik untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Mulakan dengan mencuci muka dengan pencuci biasa kemudian barulah dibilas dengan air cucian beras ini. Biarkan hingga ia mengering dengan sendirinya. Buat setiap hari!

 

Cerahkan Kulit

Bahan pemutih semulajadi yang terkandung di dalam beras mampu bertindak memutihkan kulit dengan pantas. Untuk memutihkan kulit wajah dengan cepat, lakukan basuhan ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan hanya lebih cerah, kulit juga akan lebih lembut dan halus. Basuhan beras kali ketiga diasingkan dan dibiarkan semalaman. Keesokkan harinya, ambil mendapan putih dan gosokkan pada kulit muka. Biarkan kering dan basuh bilas bersih.

 

Ubati Kulit Radang

Kalau muka terasa gatal, radang dan kemerahan ada baiknya anda cuci dengan air beras. Sewaktu mencuci, kulit akan terasa pedih namun ia merawat dan memulihkan dengan pantas. Masalah kulit terbakar atau sunburn, cucian beras juga mampu buat kulit lebih segar dan mengurangkan kepedihannya. Kulit akan kembali segar dan cerah dengan pantas!

sumber: http://keluarga.karangkraf.com/mobile/famili/guna-air-cucian-beras-untuk-cantik-ini-faktanya-yang-anda-kena-tahu-1.728395