[VIDEO] Ramai Yang Murung Lepas Dengar Awak Nyanyi Semalam Dik….

Ramai Yang Murung Lepas Dengar Awak Nyanyi Semalam Dik….

 

Semalam viral di media sosial, video seorang artis yang dijemput menyanyi live di satu rancangan televisyen. Video itu mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya menganggap artis itu tidak sepatutnya menyanyi. Siapa dia sebenarnya?

Pemilik suara itu sebenarnya merupakan seorang pelakon baru, Neera Azizi yang membintangi Drama Sayangku Kapten Mukhriz dan Patahku Sebelah Sayap. Tak sangka rupanya pandai menyanyi juga!
Sedap tak?

Menerusi satu rancangan di TV, dia menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan album terbarunya. Namun ada netizen mengatakan dia sepatutnya menyanyikan dua buah lagu, namun hanya satu lagu sempat dinyanyikan kerana kesuntukan masa. Betul ke?

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 800,000 kali oleh pelayar internet. Kebanyakan komen mengkritik nyanyian Nera yang disifatkan sebagai sumbang.


Lancarkan single pertama


Netizen kecam

Sumber : Neera Azizi

Sumber – Ohbulan!