Tular Cikgu Buat Vandalisme Conteng Dinding Sekolah.. Akhirnya Identiti Cikgu Ini Terbongkar! Nasib Baik Comel..

 

Sarah menggunakan dinding sekolah untuk mengeksperesikan bakatnya.

PETALING JAYA: Kebiasaannya, budaya vandalisme akan dikaitkan dengan perbuatan merosakkan harta benda awam, namun lain ceritanya dengan kerja tangan seorang guru di Johor yang dihujani pujian setelah menconteng dinding sekolahnya.

Contengan yang menggunakan pen papan putih (whiteboard marker) di dinding Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Johor Bahru bukan kali pertama dibuat oleh Sarah Muhammad Fauzi, malah dia seakan tidak serik melakukan perbuatan vandalisme itu sekali lagi.

Guru bahasa Inggeris itu berkata, dia sengaja menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk vandalisme tetapi membawa maksud yang tersirat.

“Ia bukanlah vandalisme yang bertujuan merosakkan harta benda sekolah, tapi ia lebih kepada menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan. Itu cara saya tenangkan diri.

“Saya tahu murid-murid akan lalu-lalang di situ ketika saya asyik menconteng, jadi saya turut selitkan mesej dalam bahasa Inggeris untuk menarik minat mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Sarah bergambar suami dan anak lelakinya di hadapan dinding sekolah yang dilukisnya.

Kata wanita berusia 30 tahun itu, dia menyasarkan untuk menyempurnakan ‘doodle’ di dinding tersebut dalam tempoh sebulan, namun terpaksa mengambil masa lebih lama memandangkan terdapat kekangan masa.

Lukisan ‘doodle’ sepanjang tiga meter itu diconteng secara spontan dan tidak mempunyai tema tertentu kerana ia dilakukan secara suka-suka.

Guru tersebut juga kerap menggunakan pendekatan unik ketika sesi pembelajaran untuk meningkatkan minat muridnya dalam subjek bahasa Inggeris.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/21/cikgu-doodle-viral/~/media/87fa5d6804674a7c82b56b59576401ba.ashx?la=en

Sarah menggunakan kekreatifan yang dimiliki untuk menarik minat muridnya.

“Saya ini jenis cepat bosan, jadi itu cara saya nak cipta sesuatu yang baharu untuk mereka.

“Saya tidak mengganggap ini sebagai bakat, tapi lebih kepada hobi,” jelas wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu.


Komen netizen.

Tambah Sarah, dia tidak menyangka posting yang dimuat naik pada petang Ahad itu akan tular dan setakat ini menerima 3,013 perkongsian dan lebih 11,000 tanda suka (like).

Seorang netizen, Liza Masrina Ibrahim berkata: “Cantiknya! Tahniah, tak semua cikgu sanggup memikul tanggungjawab tambahan daripada segala kerja-kerja yang sedia ada.

“Andalah salah seorang daripadanya,” tulisnya.

Tags / Kata Kunci:

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/21/cikgu-doodle-viral/#mLrccrKJZlUD63sZ.99

 

Sumber : adeheboh