TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama bErsama Jep Sepahtu

TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama

Sari Yanti Sah Hamil

Ini satu berita gembira yang baru diterima tentang pasangan selebriti iaitu pelawak Jep Sepahtu dan juga pelakon popular Sari Yanti.

Akhirnya pasangan ini bakal bergelar ibu bapa apabila pelakon Sari Yanti telah disahkan hamil anak pertama mereka.

Berita yang amat menggembirakan ini telah secara rasmi diumumkan oleh pasangan ini di radio Sinar FM.

Laman media Instagram Sinar FM telah berkongsi kisah yang ditunggu ramai ini petang tadi.

Ini caption Sinar FM di laman Instagram:

Alhamdullilah Sari Yanti dan Jep Sepahtu berkongsi yang mereka akan menerima ahli baru dalam keluarga. Tahniah ye awak berdua  #JepSari

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti.

Ramai yang menulis tanda kesyukuran di atas berita gembira ini dan ada juga yang mendoakan agar segala urusan mereka berdua selepas ini dipermudahkan.

Sari Yanti Terjumpa Ozlynn Dan Linda Onn

Sementara itu, di laman Instagram Sari Yanti, pelakon ini memberitahu dia ada terjumpa dengan Ozlynn ketika membuat pemeriksaan kandungannya.

Ini tulis Sari Yanti:

“Alhamdulillah semua baik baik je, tima kasih doakan kami. Kakak awak checkup hari ni – terjumpa Johan dan Ozlynn”

Kemudiannya, Ozlynn turut memuatnaik gambar bersama Linda Onn dan juga Sari Yanti yang mana ketiga-tiga kini sedang hamil.

Ini tulis Ozlynn:

Bila mak buyong bersatu.. baby Chantiq sibuk je nak join… buat kak Linda Onn semoga dipermudahkan segalanya buat mu.. nanti bagitau eh nak tengok baby comel you.. 

Dan Sari Yanti,  you plak jangan nak buat perjanjian beranak sebelah katil ngan i okey kat labour room nanti. Semoga yg terbaik buat kita semua aameen”

Linda Onn turut memuatnaik gambar mereka bertiga ketika terserempak semasa membuat pemeriksaan kesihatan kandungan.

Tahniah diucapkan kepada Sari Yanti dan juga Jep Sepahtu!

Sumber: IG Sinar / Sari Yanti

(11 FOTO) GAMBAR TERKINI KEJELITAAN SARI YANTI DAN ANAK-ANAK YANG RAMAI TAK PERNAH LIHAT!

on (11 Foto) Gambar Terkini Kejelitaan Sari Yanti Dan Anak-Anak Yang Ramai Tak Pernah Lihat!

Sebelum ini, SariYanti pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Mohd Edi namun jodohnya tidak panjang dan telah bercerai.

Mereka akhirnya disahkan bercerai setelah 3 tahun berkahwin.
Pelakon Sari Yanti merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Anak lelakinya yang sulung bernama Barr Al Aly berusia 7 tahun manakala yang kedua bernama Basit Al-Haq kini berumur 5 tahun.

Ini gambar terkini anak-anak Sari Yanti yang ramai tak pernah lihat lagi.
Memang comel anak-anaknya ni.

Jom layan:

Baru-baru ini, Jep Sepahtu menyampaikan khabar berita dimana isterinya, Sari Yanti kini sudah berhijab sepenuhnya. Berita tersebut mendapat reaksi yang positif daripada peminat yang turut mendoakan Sari Yanti terus beristiqamah dalam penghijrahannya itu.

Sari Yanti juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik beberapa foto beliau mengenakan hijab. Foto beliau mendapat pujian netizen yang rata-rata memberikan komen Sari Yanti kelihatan lebih cantik berhijab.

Ermm, memang indah betul ciptaan Tuhan apatah lagi bila Sari Yanti menutup aurat sepenuhnya.

Memang beruntung Jep dapat isteri yang cantik. Semoga Sari Yanti diberikan kekuatan dan semangat untuk terus mengekalkan imejnya ini sehingga akhir hayat.

sumber