“Saya berfikir untuk ‘menidurkan’ awak, tetapi saya dapat lihat air mata di mata awak…”.

 

Baru-baru ini seorang netizen dikenali sebagai Ang berkongsi kisah tentang dirinya digigit anjing dengan begitu teruk sekali. Perkongsiannya di media sosial itu telah menyentuh hati ramai orang.
Menurut Ang,
“Setahun yang lalu, saya dengar suaranya (anjing itu) di celahan batu di kaki gunung. Jadi, saya segera pulang dan mengumpul beberapa orang untuk membantu menyelamatkannya.”

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ketika diselamatkan oleh lelaki ini, anjing itu masih kecil lagi.
“Dalam masa setahun, saya telah membelanjakan lebih RM10 ribu untuknya. Dia sangat bertenaga dan suka melompat-lompat. Malah, dia menunggu saya pulang ke rumah setiap hari.

“Baru-baru ini, saya sangat sibuk dengan urusan pindah rumah. Dia lihat kami memindahkan banyak barang daripada rumah itu dan turut sama mahu mengikut.
“Saya tidak cukup masa untuk melayannya, jadi saya ikat anjing itu. Namun, dia hilang pertimbangan dan tiba-tiba mengamuk dan menggigit saya.”

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ang kemudian segera pergi merawat lukanya selepas digigit. Doktor turut memberi suntikan vaksin anti-rabies sebagai langkah berjaga-jaga. Ang juga berkata dia memerlukan empat lagi suntikan dalam masa 2 minggu selepas itu.

“Menurut pekerja saya, anjing itu menjadi pendiam semenjak kejadian itu dan ianya adalah sesuatu yang luar biasa.”

 

Sumber: Facebook

“Saya tidak tahu bagaimana mahu bertentangan mata dengannya kerana rakan-rakan serta saudara mara mencadangkan supaya saya ‘tidurkannya’. Namun tidak mungkin saya lakukan sebegitu kepadanya?
“Mungkin dia menyalahkan dirinya kerana menggigit saya? Tetapi kata saudara mara saya haiwan tidak berfikir. Jadi apa patut saya lakukan?

“Namanya adalah Jacky kerana saya pernah berharap pada suatu hari nanti dia akan menjadi berani dan lincah seperti Jacky Chan. Saya fikir mungkin dia sudah terlebih lincah.

“Saya pergi ke kedai untuk mencarinya sebentar tadi. Kami bersalaman. Saya beritahunya : ‘Saya berfikir untuk ‘menidurkan’ awak. Tetapi awak nampak menyesal dan saya dapat lihat air mata di mata awak, jadi saya rasa saya takkan lakukan sebegitu.”

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

“Dia menganggukkan kepalanya.
“Hati saya terus cair dan tersentuh apabila dia menjilat luka saya. Saya hampir menangis ketika anak saya mengambil gambar!”

Sumber: Facebook

Selepas status Ang menjadi viral di media sosial, ramai netizen bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana tidak membuat keputusan untuk ‘menidurkan’ Jacky.
Rata-rata berterima kasih kerana memberikan anjing itu peluang kedua dan meyakinkan Ang bahawa keputusan itu adalah yang terbaik serta dia tidak akan menyesal dengan keputusan tersebut.

Dengan keputusan yang dibuat Ang, Jacky pasti akan menyayangi tuannya itu seumur hidupnya! Jangan gigit tuan lagi okay Jacky?

Sumber://lobakmerah.com/saya-berfikir-untuk-menidurkan-awak-tetapi-saya-dapat-lihat-air-mata-di-mata-awak/