Patutlah! Haram Wanita Bernyanyi Dan Inilah Amaran Allah Kepada Mereka

 

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’ selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi ”

Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.
Adakah suara wanita aurat?
Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.

Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).

1 – Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.

Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras”.(tafsir al-jashash 3/393)

Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.

2 – mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)

melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.

syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).

Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam As-Shobuni, Mu’jam Asasi
Suntingan : Kyo kusanagi

 

 

Sumber 1:affifrosli.blogspot.my
Sumber 2:hafizamri.com