Kronologi Kes Sembelih Dan Rogol Suri Rumah Yang Sangat Kejam Yang Ramai Tidak Tahu. Memang Patut Tidak Diberi Peluang Kedua Sungguh Kejam !!

 

 

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan rogol tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.

Ahmad dalam alasan penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan mahkamah tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian mangsa sekali gus menolak alasannya yang mendakwa tidak berniat untuk melibas parang itu.

“Sebelum kejadian, tertuduh membawa kayu untuk merompak mangsa namun meninggalkannya di luar rumah sebelum mengambil parang di rumah itu.

“Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika memberi keterangan memberitahu ibunya disembelih. Malah pemeriksaan mendapati dua kesan kelar di leher mangsa dan kecederaan lain menunjukkan mangsa cuba mengelak.

“Bagi kesalahan rogol tertuduh dalam keterangan mengakui melakukan perbuatan itu selepas mencederakan mangsa.

“Oleh itu, tertuduh disabitkan terhadap kedua-kedua kesalahan dan mahkamah tiada pilihan lain bagi kesalahan membunuh selain hukuman mati manakala bagi kesalahan rogol, tertuduh dipenjara 18 tahun dan 12 sebatan,” katanya.

Mohammad Awari dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh suri rumah di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan pada 1 Mac 2015 lalu. FOTO Fathil Asri

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 1 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama sehingga menyebabkan kematiannya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Yashmin meninggal dunia akibat dikelar penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Kampung Batu Papan ketika suaminya, Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga sukarelawan polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mohd Azrul yang berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas meminta izin pegawainya pulang ke rumah seketika namun menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah, tidak berpakaian dan keletihan di jalan, 100 meter dari rumahnya.

Mangsa meninggal dunia 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Gua Musang (HGM), malah sempat memberitahu ‘petunjuk’ penting yang membawa kepada tangkapan suspek.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin.

 

‘Puas hati dapat burukkan nama Fathia lagi? Do you really want me to sue you for defamation?’ – Fathia Latiff

Pelakon Nur Fathia Latiff meluahkan rasa bengangnya terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa telah memburukkan namanya.

Terdahulu, Fathia memuat naik tweet yang mengulas berita seorang penganggur didapati bersalah kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah serta tertuduh dikenakan hukuman gantung.

Bagi Fathia, tertuduh sepatutnya diberi peluang kedua dan mengandaikan lelaki itu mungkin sudah berubah menjadi manusia yang berguna.

“Tak boleh ke bagi dia second chance? Mana tau lepas ni dia berubah jadi orang yang lebih baik?

“Ini kes tiga tahun lepas. Semoga roh berada dalam keadaan yang tenang dan aman, Aminnn.

“Tetapi mungkin dalam masa tiga tahu itu dia dah belajar menjadi manusia yang berguna,” tulisnya.

Tweet pelakon itu kemudian menjadi bahan siaran portal hiburan berkenaan dengan tajuk, “Tak boleh ke bagi perogol peluang kedua?” mengundang kemarahan pelakon berkenaan.

“A very stupid statement from rotikaya! Siap letak inverted commas??? Adakah korang puas hati dapat burukkan nama fathia lagi @rotikaya??

“Do you really want me to sue you for defamation? Kenapa nak tukar ayat yang aku cakap???” tulisnya di Twitter yang kini telah ditetapkan ke mode private.