Inilah Aisha Al-Hajjar, pengasas doula, penyebar ideologi sesat yang banyak membunuh umat nabi Muhammad

Inilah Aisha Al-Hajjar, pengasas doula, penyebar ideologi sesat yang banyak membunuh umat nabi Muhammad Ida Musa

Memperoleh pendapatan lumayan sehingga mencecah RM2,000 setiap pelanggan, doula atau lebih dikenali sebagai peneman kelahiran semakin mendapat perhatian golongan bakal ibu walaupun tidak pernah diiktiraf di negara ini.

Terbaru, seorang pakar perubatan telah berkongsi kisah dan sejarah mengenai salah satu kejadian yang melibatkan pengaruh doula ini.

Ramai orang tak tahu siapakah arwah Maria Zain.

Arwah Maria Zain, ialah anak murid kepada pengasas Amani Birth, Aisha Al-Hajjar.

Arwah Maria Zain, ialah Amani Birth doula.

Di permukaan belakang buku Amani Birth yang ditulis oleh Aisha Al-Hajjar, terdapat satu ulasan buku Amani Birth yang ditulis oleh arwah Maria Zain memberi puji-pujian tentang buku ini yang diterbitkan pada tahun 2012.

Arwah Maria Zain sangat aktif menggalakkan kelahiran di rumah tanpa kehadiran bidan bertauliah. Walaupun pengasas Amani Birth dan guru doula Aisha Al-Hajjar sendiri seorang bidan yang tidak menggalakkan kelahiran yang tidak selamat di rumah tanpa bidan, Aisha Al-Hajjar juga telah mengajar yang kelahiran alami tanpa bantuan perubatan ialah kelahiran yang sunnah, dan Aisha Al-Hajjar sendiri menceritakan pengalaman beliau bersalin di rumah tanpa bidan, di blog beliau. Banyak percanggahan dalam ajaran beliau, mana lah tak keliru.

Arwah Maria Zain mempunyai 6 orang anak, anak pertama dan kedua dilahirkan secara pembedahan Caesar di hospital.

Tetapi kelahiran ketiga, keempat, kelima, ialah kelahiran di rumah, kehamilan yang ‘high risk’ selepas pembedahan Caesar, tanpa pantauan bidan bertauliah.

Mengabaikan kesihatan semasa bersalin ialah seperti tak tengok kiri-kanan sebelum melintas jalanraya. Kalau selamat, anda bernasib baik, bukan sebab pilihan anda selamat. Tak boleh kata tak apa, tak boleh kata kalau selamat lain kali boleh buat lagi, dan kemudian bagi galakan pula kepada semua ibu yang pernah menjalani pembedahan Caesar supaya melahirkan anak di rumah.

Kali ke-enam arwah Maria Zain bersalin di rumah, nama arwah masuk dalam Maternal Death Enquiry di negara UK, pada bulan December 2014, kerana kematian ibu bersalin semasa kelahiran di rumah. Pada masa itu arwah Maria Zain tinggal di UK. Pada masa itu, saya sebagai pakar perunding Obstetric & Gynaecology di negara UK, mendapat tahu berita tentang wanita Malaysia yang meninggal dunia di UK. Cerita kematian ibu bersalin ini tidak heboh di Malaysia, sebab ia berlaku di negara UK, bukan di Malaysia.

Pada bulan yang sama, saya pulang ke tanah air dan mengambil tugas sebagai pakar perunding O&G di PPUM.

Cerita arwah Maria Zain lah sebabnya saya belajar mengenai Amani Birth dan memerhati kegiatan mereka dan apakah kumpulan ini mengajar ibu-ibu kita di Malaysia. Anak murid Aisha Al-Hajjar sendiri meninggal dunia hanya 2 tahun selepas penerbitan buku Amani Birth. Saya sudah baca buku Amani Birth ini dan membuat pengulasan bukunya (sila lihat posting sebelum ini). Baru ini Aisha Al-Hajjar telah menerbitkan buku ini dalam Bahasa Indonesia untuk pemasaran di Indonesia pula.

Kalau arwah Maria Zain meninggal dunia di Malaysia, dan bukan di UK, mungkin kerajaan Malaysia sudah bertindak menghentikan kegiatan dan pengajaran sesat di Malaysia.

Jangan tunggu sehingga seorang lagi ibu meninggal dunia.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Maria Zain, dan berdoa semoga mereka yang memberi galakan kepada ibu-ibu kita bersalin di rumah tanpa pantauan bidan atau doktor akan mendapat kesedaran. Kalau kisah arwah Maria Zain diketepikan, ini seolah-olah kita tidak menghargai nyawanya.

Sumber : Imelda Balchin