Ibu Dari Neraka, Bagi Anak Hisap ‘Batu

Semua sudah sedia maklum, bahawa dadah sangat berbahaya. Dadah bukan sahaja boleh merosakkan diri, malah turut sama merosakkan keluarga dan masyarakat.

Dek kerana dadah, seseorang individu itu boleh bertukar watak. Dari baik menjadi jahat, dari beradab menjadi kurang ajar.

Pegawai Antidadah, Nadia Hazmi, menerusi laman sosial Facebook, telah memuat naik status tentang dadah, pada 26 Oct lalu.

Dalam status tersebut, beliau telah berkongsi info tentang dadah jenis syabu dan turut meminta ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak yang bersekolah.
Kredit Foto: FB Nadia Hazmi
Tulis Nadia Hazmi,

IBU DARI NERAKA.

Pernah digegarkan satu ketika dulu satu video seorang anak kecik dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! Maaf, tidak layak kot dipanggil ibu tapi ‘Syaitan’.

Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. Salah. Tapi tidak salah bagi seorang penagih syabu.

Dalam banyak-banyak dadah yang Kak Nad kenal dalam dunia penagihan ni, Syabu dadah paling gila.

Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yang ‘betul’ menjadi ‘salah’, yang ‘salah’ menjadi ‘benar’, yang ‘waras’ kepada ‘gila’, manusia kepada iblis nyata.

Lihat kes-kes jenayah pelik yang berlaku sekarang ini. Semuanya hasil dari graduasi Syabu.

Ini Kak Nad nak ajar. Rupa peralatan yang diguna dalam pengambilan syabu atau nama kampungnya yang popular kat Sarawak ni ‘batu’. Juga dipanggil ice, kaca, kristal.
Kredit Foto: FB Nadia Hazmi
Harga dia sekarang ini semakin murah dan semakin mudah didapati. Sebab apa? Sebab ia boleh diproses dibelakang rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan, siap la dia.

Sekarang ini, RM5 pun dah boleh dapat, budak-budak sekolah pun senang beli dan dapat melalui online.

Jadinya, sebagai mak bapak. Rajin-rajin la cek beg sekolah anak, spotcek bilik anak.

Kalau ada barang macam ini, tu bukan la radas-radas dari makmal sekolah yang anak curi bawak balik untuk ulangkaji, tapi ini la peralatan untuk ‘chase’ isap syabu.

Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat dan sibuk pasal 99 kata-kata Fattah Amin ke dengan titian sirat cinta je manjang. Tengok sama cerita pasal dadah dekat youtube tu banyak skit (tambah ilmu).

Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh. Baru sibuk nak tunding jari dekat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yang sebabkan lukis rapat-rapat sangat golden triangle tu jadikan dadah mudah masuk ke rumah makcik.

Nak bagitau juga, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dalam 2-3 tahun je. Gila tu kalau jadi ahli syurga tak apa juga. Tapi gila yang ni menyusahkan anak bini, mak bapak dan seluruh dunia.

Yang dah makan batu ni, kalau masih waras. Sudah-sudahlah. Walaupun ulat dalam batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan org dan tak tergamak bagi anak dia isap dadah juga.

 

Sumber: FB Nadia Hazmi & penhitam.com