‘Hang Memang Musibat’- Sharnaaz Ahmad Komen Peserta Gegar Lawak

Nampaknya pelakon Sharnaaz Ahmadturut mengikuti perkembangan peserta-pesera Gegar Lawak dalam persembahan lawak mereka minggu lalu. Salah seorang peserta yang mencuri tumpuan Sharnaaz adalah Hezry.

Pada minggu lalu Hezry, peserta solo atau nama sebenarnya Mohd Hezrie Salim telah menyajikan persembahan bertemakan percutian. Lawaknya yang tanpa banyak berkata-kata juga bersahaja membuatkan penonton tak kering gusi.

Selain juri jemputan Mas Idayu yang berpusah hati dengan penyampaian Hezry, Sharnaaz di akaun twitternya juga turut terhibur dengan persembahan sempoi Hezry.

“Hezry #gegarlawak hang memang musibat lah.. macam dajjei lawak hang.. sumpah aku menyampah tgk hang!!! Hang sempoi raaaaah!!!!!”

Program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu diberi nama Gegar Lawak menampilkan 14 kumpulan peserta yang terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio dari negara Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura).

Selain Hezry peserta lainnya adalah Tasya, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Kiut dan Abata.
Peserta Gegar Lawak 2018
Kesemua peserta Gegar Lawak akan membuat persembahan mingguan pada setiap hari Jumaat mulai 26 Januari 2018 yang lalu pada jam 10.00 malam.