CARA BETUL KEKALKAN KESEGARAN IKAN YANG DISIMPAN DALAM FREEZER, BOLEH TAHAN SAMPAI BERBULAN

 

 

Rupanya ada cara yang nak simpan ikan dalam peti beku. Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air. Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku. Ini perkongsian daripada Puan Normah Baharidalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.
Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer

(Rujuk Gambar)
kesegaran ikan
Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.
kesegaran ikan
Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.
kesegaran ikan
Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.
kesegaran ikan
Bila Nak Masak
  Keluarkan dan biarkan ia cair.

   Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

√    Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

√    Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.
Info Menarik Dari Follower Mingguan Wanita
kesegaran ikan
Silakan SHARE. Semoga Bermanfaat.

Sumber/Foto: Normah Bahari viaMingguan Wanita