Allah Perkenankan Rungutan Kaknis Agar Kaknis Dah Tak Muntah-Muntah Lagi

 

 

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti menginginkan cahaya mata. Namun, bukan semua orang berpeluang untuk menikmati rezeki kurniaan Allah itu.

Bersyukurlah andai Allah kurniakan rezeki tersebut kepada anda. Jangan merungut atau mengucapkan sesuatu yang tidak sepatutnya semasa hamil.

Jadikan kisah Anis Atokman, yang kehilangan anak di dalam kandungan kerana terlalu kerap merungut sebagai pengajaran.
Kredit Foto: Anis Atokman
Tulis Anis Atokman,

My Second Baby. Muhammad Bin Ahmad Madzhar.

Setiap kali kaknis jumpa org, ramai yang tanya kenapa kaknis pregnant kat aira kaknis tak bagitau atau war-warkan. Kaknis nak buat surprise kan?

Kaknis pregnant memang jenis tak dak masalah atau alah apa-apa kot sebab tengok kaknis relax ja tak dak update apa-apa. Macam tak dak apa-apa tau-tau keluar ja seketoi Aira.

Kaknis tak announce masa kehamilan ‘Aira Mikayla’ (3rd pregnancy) bukan sebab nak buat surprise ka apa, tapi kehamilan kedua kaknis buat kaknis sedar dan muhasabah diri.

Hampir dua tahun usaha dan menunggu kehamilan kedua, akhirnya Allah dengar dan perkenankan doa kaknis. Alhamdulillah.

Bulan ogos tahun lepas positive pregnant, suami pun happy ya amat sampai teriak bila tau kaknis prgnant. So bermulalah aktiviti buku merah ulang alik check up.

sepanjang kehamilan tu ada juga kaknis update kat FB tapi maybe ada yang perasan dan ada yang tak perasan sebab posting kaknis tak jelas.

Just hint saja tapi update something yang bunyi dia like “mengeluh dan merungut” sebab tak sihat, sakit-sakit badan, alah apa semua disebabkan pembawakan.

Dan kehamilan kedua kaknis due dijangka pada bulan puasa lepas. Masa tu kaknis suka cakap kat suami dan mak “alooo. Tak syoq la kena pantang time posa. Takleh pakai bju raya la, takleh makan benda sedap-sedap.” Memang ayat tu slalu keluar dari mulut kaknis.

Sakit sikit merungut “tak sukanya badan sakit-sakit macam ni.”

Bila muntah-muntah pun merungut “tak syoqnya muntah-muntah macam ni, lece la.”

Time nak kena check up pun merungut“cemuihnya everyweek/month nak kena pi sua muka kat misi dan doktor.”

Kira pendek kata apa saja perubahan fizikal atau mental masa preggy kaknis keja merungut ja. Pemakanan dan aktiviti pun tak bopa jaga.

Minggu ke minggu berganti-ganti check up kat KK dan swasta. Bulan pertama, Alhamdulillah, kelibat Muhammad dah mula nampak.

Masa tu syoq tak tau nak habaq kalau boleh nak suruh dia besaq cepat-cepat. Yala, kakak pon dah 3 tahun. Rindu nak bau baby lagi.

Dalam happy tu pun sepanjang proses nak pi check up tu pun tak habis-habis mulut dok merungut “ramai org la. Tak larat tunggu turn la. Macam-macam la.”

Merungut tak habis-habis sebab masa ni alah dah mula mai. Muntah tak kira masa dan tempat. Fizikal dah mula berubah.

Masuk bulan kedua check up. Doktor tunjuk degupan jantung Muhammad. Alhamdulillah. Muhammad sedang membesar.

Setiap kali scan mesti simpan kertas scan tu walaupun rupa muhammad still lagi tak nampak dengan jelas. Kaknis bahagia setiap kali scan tapi rungutan kat mulut tetap tak berhenti sebab masa ni alah dah makin menjadi-jadi.

Kehamilan hampir mengenjak masuk bulan ketiga. Time ni kaknis dah mula perasan perubahan fizikal yang kaknis rasa macam sepatutnya ibu-ibu mengandung rasa dah mula tak ada.

Muntah-muntah pun dah stop tiba-tiba. Makan pun dah lalu seperti biasa. Masa ni kaknis try to think positive maybe alah dah habis kot.

Tapi ni 2nd pregnant kaknis mean dah ada pengalaman masa 1st pregnant so serba sikit hat negative mai jugak.

Then malam tu mula sakit-sakit pinggang kaleh kok nu tak kena kok ni tak kena.

Tak senang duduk esok tu pi klinik check up. Dua kali doktor scan. 1st scan macam biasa. Masa tu kaknis nampak muka doktor macam ada something tak kena, kaknis dah mula berdebar tapi still positifkan diri.

Doktor cakap tak nampak kelibat ‘Muhammad’. Then doktor nak cek sekali lagi kali ni scan direct ke dalam. Masa ni mata kaknis dah mula berkaca maybe instinct ibu dah boleh rasa.

After scan doktor cakap ‘Muhammad’ mengecut dan tak membesar. Heart beat dah stop. Masa ni Allah saja yang tau perasaan kecewa kaknis.

Masa dalam bilik doktor still hidden prasaan tu, masa berjalan pi kat kereta air mata dah bertakung dok cover lagi, masuk-masuk ja dalam kereta kaknis dan suami memang tak putus air mata.

Sampai ja rumah kaknis duduk sambil belek buku merah ‘Muhammad’ dengan air mata bersimbah.

Masa ni baru kaknis sedar rupanya sekali lagi Allah dengar ‘rungutan’ kaknis dan Allah perkenankan agar kaknis dah ‘tak muntah-muntah lagi, tak sakit-sakit badan lagi, tak perlu ulang alik dan tunggu turn check up dah, boleh pakai baju raya dan makan sedap-sedap time raya nanti.’

Masa ni kaknis sedar, sebelum kaknis kecewa dengan pemergian ‘Muhammad’ maybe ‘Muhammad’ lebih awal kecewa dengan‘rungutan’ kaknis sepanjang kehadiran dia dalam rahim kaknis mungkin sebab tu la dia pi.

Time dia tak dak kita sungguh-sungguh nak dan mintak, bila dia ada kita merungut pulak. Allahu.

Masa ni kaknis sungguh-sungguh mintak ampun dan doa kat Allah supaya masih ada zuriat lagi buat kaknis dan suami.

Dan ternyata Allah itu Maha Pengampun. Bulan 12 kaknis positif pregnant lagi untuk kali yang ke 3. Syukur masih diberi peluang.

Masa ni kaknis jaga hati, percakapan dan perbuatan kaknis. Setiap yang happen sepanjang kehamilan kaknis say syukur sebab kaknis tak mau Allah tarik sekali lagi.

Dan kaknis tau semua tu happen tanda anak kaknis tengah sihat dan sedang membesar di dalam dan semua tu jugak sebenarnya satu nikmat sebab time preggy saja kita boleh merasa semua tu. After 9 bulan sure kita akan rindu balik semua moment-moment tu.

Dan masa ni jugak kaknis ambil keputusan untuk tak announce dalam ni sebab dalam masa yang sama nak jugak jaga hati rakan-rakan dalam ni yang belum ada zuriat.

Tunggu dah selamat bersalin ja baru kaknis nak share. Dan now syukur, hari ni umur Aira Mikayla dah genap 2 bulan 1hari.

 

Sumber: Anis Atokman & https://penhitam.com/allah-perkenankan-rungutan-kaknis-agar-kaknis-dah-tak-muntah-muntah-lagi/