8 Selebriti Popular Bakal Berkahwin Tahun 2018!

POSTED O

Tahun 2017 menyaksikan ramai selebriti popular mendirikan rumah tangga. Paling mengejutkan, berita perkahwinan pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura.

Tidak ketinggalan, tahun ini juga ramai juga selebriti yang mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin tahun 2018.

Kami senaraikan 8 selebriti popular yang bakal berkahwin tahun hadapan.

1. Yuna

Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Yuna dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Adam Sinclair pada 1 Ogos 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

2. Idris Khan

Pelakon dan model kacak, Idris Khan, 29 tahun, bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26 tahun, pada 20 Januari 2018. Namun, lokasi untuk majlis itu masih belum diputuskan.

3. Elfira Loy & Sufian Suhaimi

Selepas mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu, pasangan popular ini bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Mac 2018. Namun, tarikh nikah masih belum ditetapkan.

4. Betty Rahmad

Pada Oktober lalu, adik bongsu bintang Mak Cun, Erma Fatima dan Umie Aida, Betty Rahmad selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Ardy Damis. Pasangan itu sudah empat tahun bercinta dan bakal berkahwin Januari tahun hadapan.

5. Shila Amzah

Penyanyi terkenal, Shila Amzah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati Haris Idraki pada 3 November lalu. Pasangan Shila dan Haris dilapor bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.

6. Rody Kristal

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, bakal melangsungkan pernikahan pada April tahun depan dengan pilihan hatinya, Nur Izwani Azman yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan selepas 6 bulan mengikat tali pertunangan.

7. Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bakal bernikah pada April 2018 selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal. Dynas mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya Shazrik pada Oktober lalu.

8. Uqasha Senrose & Hefny Sahad

Pelakon Uqasha Senrose, menamatkan teka-teki kisah cintanya apabila berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh tersebut.

sumber