Penerima BR1M Diminta Bersabar – Datuk Seri Johari

Penerima BR1M Diminta Bersabar – Datuk Seri Johari

28 Feb – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya bermasalah untuk mengeluarkan wang tersebut, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau turut meminta penerima BR1M agar bersabar dan memberi sedikit masa kerana bayaran skim tersebut dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima.


 
“Pembayaran fasa pertama BR1M 2018 telah mula diagihkan Isnin lepas dan kepada penerima yang belum mendapatnya, perlulah menunggu sekurang-kurangnya dalam masa seminggu.

Saya jangkakan menjelang Jumaat ini, 80 ke 90 peratus penerima akan mendapat pembayaran bantuan masing-masing,”katanya. – Siakapkeli.my

Sumber: Kosmo Online