ADIK TAK BERLUMBA ADIK JADI MANGSA .. JASAD ADIB PARAH KAKI PUTUS DIREMPUH (6GAMBAR)

Kota Bharu : Adib baru berusia 14 tahun seorang anak yang baik tidak disangka ajal nya ketika menunggang motosikal apabila motosikal yang ditunggang nya dirempuh oleh salah sebuah dari tiga buah motosikal yang dikhuatiri berlumba.

Mengikut CCTV ditempat kejadian motosikal yang ditunggang Abib berkecai dirempuh menyebabkan jasad nya parah, kaki putus impak kemalangan tersebut.

Akhbar melaporkan dua maut dalam kemalangan melibatkan motosikal yang bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan ngeri di Kadok di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Mohd Adib Saifuddin Mohd Nawi, 14, yang menunggang motosikal dari arah Kota Bharu ke Ketereh dipercayai memotong sebuah kenderaan di hadapanya ketika sampai di Pekan Kadok.

Mohd Adib kemudian masuk ke laluan bertentangan, lalu motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, Mohd Adib tercampak ke kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa kedua, Amal Akma Mohamad, 18, tercampak di atas garisan putih pembahagi jalan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dirujuk ke unit forensik untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga Adib terutama kakak nya tabah dengan apa yang berlaku akibat kecuaian orang lain mereka kehilangan adik tersayang. Al fatihah.

 

sumber: accidentportal