10 selebriti lelaki yang bahagia berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripada mereka

‘Usia bukanlah penghalang’.- Itu yang dapat digambarkan apabila melihat sebuah pasangan berkahwin dengan pilihan hatinya yang lebih berusia.

Kalau dah jodoh, tiada apa yang menjadi penghalang biarpun harta atau jarak umur. Kita biasa dengar jika pasangan berkahwin pasti si suami lebih berumur berbanding si isteri. Orang kata biar cari lelaki yang dah berumur kerana dia akan lebih matang dan bertanggungjawab.

Jom lihat 10 selebriti lelaki yang berkahwin dengan isteri yang lebih berusia daripada mereka.

#1. Acis dan Dato’ Sheila
Ratu Pop Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid, 52 tahun dan suaminya, Hashridz Murshim Hassim juga dikenali sebagai Acis 48 tahun telah berkahwin pada 3 Jun 2003.

#2. Zaquan Adha dan Ayu Raudhah
Zaquan, pemain bola sepak Malaysia berumur 31 tahun, manakala Ayu 34 tahun. Mereka telah berkawin pada tahun 2011.

#3. Azhar dan Ella
Digelar ‘ratu rock’ Malaysia, Ella, 52 tahun dan suaminya, Azhar 40-an telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

#4. Saharul Ridzwan dan Deena Emir
Pelakon kacak, Saharul Ridzwan, 29 tahun dan pasangannya seorang model dan pemilik butik, Qabilaa Deena Emir Mohamad Akif Emir, 30 tahun sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016.

#5. Que Haidar dan Linda Jasmine
Pelakon lelaki popular, Que Haidar, 39 tahun dan isterinya, Linda Jasmine, 46 tahun telah berkahwin pada tahun 2009.

#6. Izzue Islam dan Awin Nurin
Pelakon yang berasal dari Kelantan ini telah memilih Awin, 36 tahun sebagai teman hidupnya.

Mereka telah berkahwin pada tahun 2013.

#7. Ungku Hariz dan Jihan Muse
Pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse, 35 tahun sah bergelar isteri kepada pelakon, Ungku Hariz, 33 tahun dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam.

#8. Izham Tarmizi dan Mia Ahmad
Pelakon wanita yang berasal dari Kelantan ini memilih Izaham Tarmizi, penjaga gol JDT, 27 tahun sebagai pilihan hatinya.

Usia bukanlah penghalang walaupun beza umur adalah tiga tahun.

#9. Fattah Amin dan Nur Fazura
Fazura, 35 tahun dan Fattah 28 tahun merupakan pasangan sweet pada abad ini.

#10. Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Che Ta, 45 tahun dan Zain, 34 tahun adalah pasangan yang sangat bahagia.

Jadi terbuktilah usia bukanlah penghalang kebahagian untuk mereka bergelar suami isteri. Semoga ikatan mereka kekal hingga akhir hayat.

sumber: ohmymedia.cc