Padah Mahu ‘Selfie’ Lelaki Ini Dilanggar Kereta Api

Lelaki Dilanggar Kereta Api Ketika ‘Selfie’
SEORANG lelaki yang asyik berswafoto dilanggar sebuah kereta api di Hyderabad, India.Rakaman video berdurasi 21 saat itu menunjukkan kejadian berlaku ke atas pelatih gimnasium, T Siva dan telah menjadi tular.Sebelum dilanggar, Siva telah diberi amaran oleh orang ramai yang berada berdekatan landasan, namun tidak diendahkannya.Malah hon kereta api juga turut berbunyi sebelum dia dilanggar di bahagian kanan badannya.

Walaupun di langgar, Siva bernasib baik kerana hanhya mengalami kecederaan yang tidak membawa maut.

Gara-gara kelakuan itu, dia dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan denda 500 rupee (RM30.60).

Selfie Train

Tidak pasti apa yang difikirkan lelaki ini apabila merakam video ini. Lelaki yang dikenali sebagai Shiva ini berada di Hyderabad, di selatan India.

Mungkin beliau merasakan ianya sesuatu yang cool untuk merakam gambar di depan kereta api yang sedang bergerak. Jadi beliau merekod video ini. Walaupun ada yang sudah menjerit ke arah Shiva untuk memberitahu tentang kereta api yang sedang bergerak ke arahnya, beliau masih tidak bergerak.


Nampaknya nasib tidak menyebelahi Shiva apabila beliau dilanggar kereta api tersebut dan kemudiannya dikerjakan ke hospital kerana kecederaan di kepala. Tahun lalu, India mencatat kadar kematian kerana selfietertinggi di dunia dan selfie di hadapan kereta api yang sedang bergerak adalah yang paling popular dan yang paling bahaya.

Kalau anda yang kaki selfie, pastikan persekitaran anda selamat terlebih dahulu atau anda akan senasib seperti lelaki ini.

sumber: mstar & thevocket