Kerana terlalu GHAIRAH dengan apa yang terjadi pada Farid Kamil..ini HABUAN buat wartawan2 ini..

 

 

 

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menyifatkan kontroversi yang melanda dirinya ketika ini sebagai dugaan dalam menjadikan perjalanan hidupnya lebih menarik.

Farid, 37, bagaimanapun berkata, dia bersyukur telah pun dibebaskan selepas lima hari ditahan reman bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 11 Januari lalu.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan cerita jalan hidup saya semakin hari semakin menarik,” kata Farid secara ringkas kepada mStar Online.

Farid ditemui sejurus selepas selesai urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada pukul 3 petang, Selasa. Dalam pada itu, Farid juga memberitahu dia akan bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, secepat mungkin.

Kerana terlalu GHAIRAH

Farid memberitahu dia kini berasa lebih baik.

Malah pelakon filem Tombiruo ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya dan sempat berpesan kepada peminat agar menjadi diri serta keluarga.

“Saya rindukan anak-anak saya. Insya-Allah akan bertemu mereka secepat mungkin. Alhamdulillah, saya berasa lebih baik dan bersyukur pada Allah. “Saya berterima kasih pada semua orang yang menyokong. Kepada semua di luar sana, jaga diri baik-baik, jaga keluarga dan ingat Allah selalu. Assalammulaikum,” ujarnya.

Terdahulu, Farid, 37, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada Selasa. Farid minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi Selasa. Nor Ariffin menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Wartawan Malu Sendiri ..
Kerana terlalu GHAIRAH

Disebabkan keghairahan untuk mendapatkan komen balas daripada Datuk Farid Kamil, hampir kesemua wartawan mengerumi Farid Kamil ketika di luar mahkamah. Mereka semua menyangka bahawa Farid Kamil akan dibawa kedalam bilik mahkamah dan mereka ingin mendapatkan respond beliau sebelum itu.

Tetapi sesuatu yang agak lucu terjadi sehingga semua wartawan yang mengejar Farid Kamil ketawa bersama sama. Akibat terlalu leka dengan menanyakan soalan bertubi tubi kepada Farid Kamil, mereka tidak sedar bahawa Farid Kamil sedang dibawa ke tandas sebenarnya dan mereka semua hampir masuk sekali ke dalam tandas. Sila perhatikan rakaman dibawah.

Kami mendoakan agar semua berjalan lancar. Tiada manusia yang tidak buat kesilapan, kita sebagai manusia harus belajar memaafkan satu sama lain. Semoga Farid Kamil dapat ketenangan di samping Allah SWT dan keluarga.

Sumber – MSTAR Portal