Karier Seni 5 Artis Ini Diramalkan Meredup Tahun 2018

 

Menjadi seorang selebriti memang tak selalu terus bersinar. Karier mereka di dunia hiburan boleh saja tiba-tiba meredup dan hilang khabarnya. Seiring berjalannya waktu, usia juga jadi faktor membuat karier mereka kian menurun. Siapakah selebriti tempatan yang diramalkan meredup pada tahun ini? Jom lihat senarai ini yang dirangkumkan oleh Hangat.com.

1.Fathia Latiff
Menurut sebuah portal hiburan, Hangat.com difahamkan, pelakon kontroversi Fathia Latiff akui agak bersedih kerana sudah tiada tawaran berlakon untuknya sejak video menari seksi di aplikasi Bigo tersebar beberapa bulan lalu.

 

Karier pelakon ini diramalkan akan meredup untuk tahun 2018 kerana selain kes video itu, Fathia juga sering terpalit dengan kontroversi mengenai Tweetnya yang sering menyentuh hal ehwal kerajaan sehingga mendapat teguran dari ahli politik negara.
2. Izara Aishah
Sebelum ini, dari laporan Mstar, Izara pernah mendakwa dia tidak diterima berlakon kerana tidak aktif di media sosial. Dia juga terkilan apabila bakatnya sebagai pelakon tidak dianggap sebagai penting. Izara yang baru sahaja melangsungkan pernikahan denga Adib Khalid. Ada yang beranggapan selepas Izara bergelar isteri orang, kariernya berkemungkinan akan merudum.

Namun Izara tidak gusar dengan andaian kononnya ‘saham’ atau kariernya merudum selepas bernikah. Kalau ada rezeki tak kemana kan?

 

3. Awal Ashaari
Selepas enam tahun mengendalikan program hiburan Melodi TV3, Awal Ashaari menguumkan mengundur diri. Umumnya, Awal meraih populariti yang tinggi dalam program itu dan kini dia tidak lagi bersama.

Karier Awal dalam dunia pengacaraan mungkin sedikit merudum dan mungkin dia akan beri fokus dalam dunia perniagaan. Dia turut menyatakan bahawa, sudah sampai masanya dirinya keluar dari zon selesa.
4. Sharnaaz Ahmad
Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad sering membintangi drama dan juga filem namun kini segalanya berubah apabila dia tiada tawaran berlakon untuknya. Menurut pelakon lelaki ini, pintu rezekinya ketika ini terbuka di bidang perniagaan pula walaupun tidak mendapat permintaan di bidang lakonan.

 

5. Nora Danish

Atas permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya. Pada tahun 2018, Nora bakal menimang cahaya mata dan semestinya dia akan memberi fokus yang tinggi pada anak dan keluarga.

Kerjaya Nora dalam bidang lakonan yang semakin merudum sudah dirasai pada tahun lepas, namun dia tetap popular kerana memiliki pengikut yang ramai di Instagram.

 

Sumber – Hangat.com the best!