“Dia Bukan Begitu…” – Adik Farid Kamil, Fadzil Zahari dan Yana Tampil Beri Respon

Memang satu berita yang amat mengejutkan orang ramai apabila pelakon popular Datuk Farid Kamil telah ditahan polis semalam.

Ini gara-gara perbuatannya yang menampar pihak polis dan bertindak agresif sehingga menendang orang awam di balai polis Kota Damansara.

Lebih mengejutkan, setelah ujian air kencing dijalankan, Datuk Farid Kamil disahkan positif bahan terlarang.

Apabila isu ini menjadi viral, ramai bertanya kepada adiknya iaitu Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsuddin.

Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari terkejut apabila diberitakan tentang laporan abangnya itu mengamuk di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Fadzil berkata apa yang berlaku itu bukanlah diri Farid yang sebenar, abnganya bukan seperti itu.

Ini komen Fadzil Zahari:

Apa yang saya tahu, dia bukan begitu. Saya memang terkejut apabila dia ditahan oleh pihak polis dan didakwa menampar anggota polis dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan orang awam di dalam balai polis tersebut.

Tambah Fadzil lagi, ibu bapa mereka sudah pun mengetahui kejadian yang menimpa abangnya itu.

Ini komen Fadzil lagi:

Ibu dan bapa di kampung (Alor Setar) dan mereka sudah tahu tentang hal ini. Semoga mereka dikuatkan hati untuk berdepan dengan berita mengejutkan ini,” 

Menurut Fadzil, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis.

Terdahulu, menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan dan Tombiruo itu dikatakan mengamuk di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang dilakukan oleh pelakon berumur 36 tahun itu.

Sumber: Kosmo

Menerusi laman Instagram, pelakon Yana Samsudin telah memuatnaik status berhubung kes abang suaminya, Fadzil Zahari iaitu aktor Datuk Farid Kamil. Kapsyen itu disertakan bersama gambarnya dengan suami.

Melihat pada kapsyen, Yana telah memberi kata-kata semangat buat suaminya selepas dunia hiburan digegarkan dengan berita penahanan suami kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle.

“Always be you for every up down and in between… InsyaAllah…. Allah knows everything… kita manusia pun susah nak faham ujian sebenar dari Nya…

“Masa akan datang memberi makna setiap kejadian… Sabar.. tenang… Semoga Allah mudahkan urusan mu dan keluarga mu Dunia Akhirat…. Love you @fadzilzahari,” kata Yana di IGnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu di IG suami Yana, dia turut memuatnaik gambar dirinya dengan adik-beradik bersama anak-anak tanpa sebarang kapsyen.

Rata-rata peminat juga memberikan reaksi positif sambil mendoakan pasangan itu dan berpendapat kejadian yang berlaku terhadap Farid punya hikmah.

Terdahulu, seorang pelakon dan pengarah bergelar Datuk ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara, hari ini.

Pelakon dan pengarah itu juga dikesan positif dadah. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon itu secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga dikatakan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

www.myartis.com / Sumber: mStar