DATUK FARID KAMIL DIKATAKAN BERHALUSINASI SELAMA BEBERAPA HARI DALAM LOKAP, INI DIKATAKAN PUNCA SEBENAR BELIAU MENGALAMI KEADAAN ITU! KELUARGA JUGA MERANCANG BAWA FARID KAMIL DAPATKAN RAWATAN HOSPITAL…

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil ditahan reman sehari lagi. Sebelum ini dia telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung empat kes jenayah termasuk menampar anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Farid Kamil yang tiba di mahkamah pada jam 11.30 pagi tadi untuk prosiding reman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, berpakaian kelabu dan kelihatan tenang dan biasa serta sempat bersalam dengan beberapa individu yang dikenali.

Datuk Farid Kamil dikatakan berhalusinasi selama beberapa hari dalam lokap.

Pelakon “Pinjamkan Hatiku” dipercayai mengalami keadaan itu akibat mengambil dadah new psychoactive substance (NPS), sejenis dadah baru, lapor Kosmo!.

“Namun selepas beberapa hari berada dalam lokap balai polis Damansara, keadaan emosi Farid masih tidak stabil menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan tinggi pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengambil dadah NPS,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

Image result for dadah nps

“Dadah NPS merupakan dadah baharu yang semua orang tahu pengambilannya gagal dikesan melalui ujian air kencing”.

Sumber itu berkata polis sedang meneliti kemungkinan tersebut dan menyiasat lokasi bekalan dadah tersebut diperoleh.

NPS sejenis bahan kimia dalam bentuk cecair dan serbuk yang dijadikan dadah baru dengan kesan lebih kuat dan menjadikan penagih bagai “mayat hidup” atau zombi.

Selain itu, akhbar tersebut juga menyebut isteri suspek, Diana Danielle dalam keterangannya kepada polis, menafikan wujud keretakan rumah tangga.

Dijangka tempoh reman disambung hari ini, Farid ditahan Khamis lalu selepas menampar anggota polis dan orang awam di balai polis Kota Damansara. Ujian air kencing menunjukkan pelakon itu, positif ganja.

Farid (tengah) diiringi adiknya Fadzil Zahari di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Dalam Pada Itu, Adik pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil Zahari, Dr. Anis Anwar berhasrat untuk membawa abangnya untuk mendapatkan rawatan kesihatan lebih terperinci di hospital.

Anis, 30, yang juga seorang doktor bahagian Ortopedik di sebuh hospital swasta memberitahu, perancangan utama mereka sekeluarga adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan Farid sebelum membuat sebarang keputusan mengenai rawatan yang bakal dilakukan kelak.

Katanya, terdapat pelbagai peringkat proses perubatan yang perlu dilakukan sebelum mengesahkan tahap kesihatan Farid terutama melibatkan tekanan mental.

“Tekanan juga merupakan salah satu daripada masalah mental, tetapi sebelum membuat sebarang keputusan kita perlu menjalani beberapa peringkat rawatan terlebih dahulu.

“Perancangan kami selepas dia (Farid) dibenarkan diikat jamin, kami akan terus mendapatkan rawatan di hospital untuk mengetahui punca dia bersikap sedemikian,” jelas Anis yang turut hadir ke mahkamah.

Sementara itu, dua pelakon popular tanah air, Azhan Rani dan Azad Jasmin turut dilihat hadir sebagai tanda sokongan buat pelakon filem J Revolusi berkenaan.

Mengakui terkejut apabila mengetahui berita mengenai Farid, Azhan Rani, 37, berkata, pada awalnya dia menjangkakan perkara tersebut hanya satu gimik filem dan tidak mengendahkannya.

“Saya mengetahuinya menerusi Twitter dan beranggapan ia sekadar satu gimik filem. Namun, setelah melihat berita tersebut tular di media sosial, saya berasa terkejut dan bersimpati,” jelasnya.

“Semuanya Berlangsung Dengan Aman” – Reman Farid Kamil Ditambah Sehari Lagi

Dalam pada itu, Azad mengharapkan peminat akan terus memberi sokongan kepada Farid sekeluarga.

“Secara peribadi saya memang telah lama mengenali Farid dan mengharapkan kalian sebagai peminat tetap memberi sokongan kerana itu yang diperlukan sekarang,” ujar pelakon filem Girlfriend Kontrak itu.

Sumber : Kosmo & Malaymail