17 Pasangan Selebriti Paling Hebat 2017

Tidak hanya di media sosial, tetapi kerjaya di bidang seni dan perniagaan.

 

Pasangan manakah menjadi pasangan selebriti paling hebat 2017? (Pic: Instagram)

Pada mulanya kami fikir tentu sukar untuk kami kumpulkan 17 pasangan selebriti suami isteri yang hebat untuk tahun 2017. Tetapi setelah dibuat perhitungan, terlalu ramai untuk dipilih sehingga undian demi undian kami lakukan. Tapi ingat, ini hanya pendapat dan susunan kami, anda juga pasti ada pilihan yang tersendiri juga. So, lets have some fun! Jom kita lihat 17 pasangan selebriti hebat 2017 mengikut susunan.

17. Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella
Emran dan Bella.

PIC: INSTAGRAMEmran dan Bella.

Perkahwinan bekas suami Erra Fazira dan pelakon terkenal daripada Indonesia, Laudya Cynthia Bella tahun ini memang sedikit mengejutkan. Namun, kekuatan ikatan kekeluargaan antara mereka dan bekas isteri Engku Emran menjadikan mereka pasangan yang hebat. ‘Syurga Yang Tak DiRindukan’ seolah diterjemah menjadi cerita benar.

16. Jep Sepahtu dan Sari Yanti
Jep dan Sari Yanti.

PIC: INSTAGRAMJep dan Sari Yanti.

Juga perkahwinan yang mengejutkan dan diadakan secara tertutup. Tetapi dari segi kerjaya, Jep sebagai salah seorang anggota kumpulan Sepahtu memang sangat popular termasuklah dengan program Sepahtu Reunion dan sebagainya. Begitu juga Sari Yanti yang semakin cantik.

15. Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari
Ashraf dan BCL.

PIC: INSTAGRAMAshraf dan BCL.

Satu lagi pasangan gandingan dua negara, Malaysia dan Indonesia. Baru-baru ini, Ashraf di anugerahkan Selebrity Entepreneur of the Year di SME & Entepreneurship Business Awards. Mereka berdua juga sering digandingkan untuk menjadi duta produk.

14. Adib Khalid dan Izara Aishah
Adib dan Izara.

PIC: INSTAGRAMAdib dan Izara.

Di dalam usia yang masih muda, Adib telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk Tune Studios / Tune Music. Izara pula, selain melancarkan produk kecantikan sendiri di bawah jenama Madame Izara, masih aktif berlakon drama. Filem lakonan beliau bertajuk Kau Yang Satu ditayangkan pada tahun ini.

13. Datuk Acis dan Datuk Sheila Majid
Acis dan Sheila.

PIC: INSTAGRAMAcis dan Sheila.

Datuk Acis banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja di belakang tabir termasuklah menjadi salah seorang pengarah muzik untuk Konsert Sheila Majid di Stadium Negara. Datuk Sheila Majid pula mengembalikan nostalgia konsert-konsert hebat beliau apabila konsertnya di Stadium Negara bukan sahaja dihadiri golongan kerabat diraja, tapi juga artis-artis tempatan dan dari Indonesia. Tweet beliau tentang kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia hampir mencecah 30,000 retweet dan menjadi perbincangan hangat di penghujung tahun 2017.

12. Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin
Shuib dan Sarah.

PIC: INSTAGRAMShuib dan Sarah.

Selain berlawak jenaka bersama kumpulan Sepahtu, Shuib juga begitu menonjol dengan lakonan beliau di dalam Abang Long Fadil 2 yang mendapat kutipan filem tertinggi di Malaysia. Beliau dan isteri, Siti Sarah juga sentiasa menunjukkan sisi bahagia dan romantik di media sosial. Siti Sarah kembali aktif menyanyi selepas menjadi naib juara Gegar Vaganza pada tahun 2016 dan terpilih menjadi duta beberapa produk di Malaysia.

11. Johan dan Ozlynn
Johan dan Ozlynn.

PIC: INSTAGRAMJohan dan Ozlynn.

Johan mungkin merupakan penyampai radio yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia. Okay, mungkin! Tapi tidak mustahil. Pasangan suami isteri ini juga sudah mempunyai syarikat produksi sendiri dan mula menerbitkan drama. Dalam kesibukan menjaga keluarga, Ozlynn juga masih aktif berlakon dan menyertai beberapa program TV.

10. Akim dan Stacy
Akim dan Stacy.

PIC: INSTAGRAMAkim dan Stacy.

Satu-satunya pasangan penyanyi suami isteri yang termasuk dalam senarai. Akim yang kembali memuncak setelah bergabung dengan kumpulan Majistret sememangnya aktif dalam persembahan pentas dan juga penciptaan lagu. Manakala Stacy yang berehat panjang setelah melahirkan anak mereka yang pertama kembali menggegar dengan single yang paling baru dilancarkan, Cakap Ke Tangan.

09. Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Zain dan Cheta.

PIC: INSTAGRAMZain dan Cheta.

Daripada seorang pelakon, Rozita Che Wan atau Cheta mula melangkah menjadi seorang sosialista. Walaupun masih aktif berlakon dan mengacara, Cheta sudah mempunyai perniagaannya sendiri. Malah beliau kini lebih banyak menjadi duta kepada produk-produk. Begitu juga dengan suaminya Zain Saidin yang mengurangkan aktiviti lakonan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan kasutnya berjenama Zapatos.

08. Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle
Farid dan Diana.

PIC: INSTAGRAMFarid dan Diana.

Selain pengarahan, Datuk Farid Kamil juga masih aktif berlakon termasuklah di dalam naskah Tombiruo yang meraih lebih RM8 juta di pawagam. Sebelum itu, beliau juga bersama Zul Ariffin di dalam filem J Revolusi dan turut berlakon di dalam filem Pinjamkan Hatiku. Begitu juga dengan Datin Diana Danielle yang turut mencapai pelbagai kecermelangan termasuklah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin baru-baru ini melalui filem Hanyut. Beliau turut terlibat dalam drama bersiri My Coffee Prince.

07. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana
Syamsul dan Puteri Sarah.

PIC: INSTAGRAMSyamsul dan Puteri Sarah.

Dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke57 tahun ini mungkin pencapaian terbesar Syamsul pada tahun 2017, selain mengungguli pelbagai anugerah lainnya. Beliau turut berlakon di dalam filem blockbuster 2017, Abang Long Fadil 2, malah semakin hebat sebagai seorang rapper. Puteri Sarah pula walaupun sedikit mengurangkan aktiviti seninya, tetap gah dengan jenama fesyen Islamiknya, Shara.

06. Hairul Azreen dan Hanis Zalikha
Hairul dan Hanis.

PIC: INSTAGRAMHairul dan Hanis.

Bermula sebagai seorang pelakon, Hairul sebaliknya mula menonjol sebagai juara Celebrity Fear Factor Malaysia. Beliau turut mempromosikan kehidupan yang sihat melalui media sosial milik beliau. Terbaru, beliau terlibat dalam filem Polis Evo 2 yang masih di dalam proses penggambaran terakhir. Hanis pula bermula sebagai blogger dan diangkat menjadi pelakon dan pengacara bijak menyusun atur langkah di dalam bidang seni. Kini, kedua-dua mereka merupakan antara pasangan terhebat 2017.

05. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Aeril dan Wawa.

PIC: INSTAGRAMAeril dan Wawa.

Nama Aeril Zafrel menjadi sebutan ramai di penghujung 2017 apabila lakonan beliau di dalam drama bersiri Mandatori mendapat perhatian. Sepanjang tahun, keletah suami isteri ini sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana masing-masing begitusporting, tetapi lakonan Aeril di dalam Mandatori benar-benar menunjukkan kemampuan beliau sebagai seorang pelakon hebat. Wawa pula mula mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Mereka berdua memangpower couple!

04. Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani
Yusri dan Lisa.

PIC: INSTAGRAMYusri dan Lisa.

Yusri yang sebelum ini banyak di belakang tabir, mula ke ‘hadapan’ bersama isterinya dalam program realiti eBubabypedia. Beliau juga kembali membuat comeback bersama kumpulan KRU untuk konsert Emoji baru-baru ini serta turut menerbitkan siri Saka Sisters. Lisa Surihani pula baru-baru ini dianugerahkan sebagai Top Female Actress di Top Asia Corporate Ball 2017. Selain menjadi duta kepada pelbagai produk, Lisa turut aktif dalam badan kebajikan dan khidmat masyarakat.

03. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Sam dan Syatilla.

PIC: INSTAGRAMSam dan Syatilla.

Pinjamkan Hatiku menjadi buah tangan Sam untuk tahun 2017. Malah pelakon hebat ini juga sibuk di lokasi penggambaran filem blockbuster Polis Evo 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan. Selain itu, pasangan suami isteri yang menimang cahaya mata pada tahun ini juga mempunyai perniagaan sendiri. Syatilla pula baru sahaja meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita untuk Drama di Anugerah Telenovela. Selain daripada itu, beliau turut menjadi duta untuk pelbagai jenis produk.

02. Fattah Amin dan Fazura
Fattah dan Fazura.

PIC: INSTAGRAMFattah dan Fazura.

Bermula dengan Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah, akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri. Fattah Amin antara pelakon lelaki yang banyak menerima anugerah popular manakala Fazura pula mengaut anugerah terbaik dalam kategori masing-masing. Sebelum ini, mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Gabungan kedua-dua mereka sangat hebat. Kedua-dua mereka juga baru sahaja memenangi anugerah di Anugerah Telenovela dan Fazura menutup tirai tahun 2017 dengan filem lakonan beliau dalam Ayat-Ayat Cinta 2.

01. Awal Ashaari dan Scha Alyahya
Awal dan Scha.

PIC: INSTAGRAMAwal dan Scha.

Pasangan paling hebat 2017! Awal sebagai pelakon dan pengacara memang hebat. Bukan setakat itu sahaja, pasangan ini sering sahaja menjadi trendsetter dalam berpakaian. Scha juga baru sahaja terpilih sebagai duta sebuah telefon pintar. Mereka berdua sememangnya bijak mengatur langkah bukan sahaja di dalam bidang seni, tetapi juga di dalam bidang perniagaan. Terbaharu, mereka melancarkan jenama pakaian dan aksesori mereka sendiri, Schawal, dan dijual secara online.

Inilah 17 pasangan selebriti yang kami rasakan berjaya di tahun 2017. Siapa akan terus bertahan di tahun 2018 atau adakah power couple yang baharu akan muncul? Kita nantikan. Selamat menyambut Tahun Baru 2018.

sumber