Saya Keluar Kerana… – Sah Undur Diri Dari Melodi, Ucapan Awal Buat Netizen Sedih

 

Awal Ashaari merupakan antara pengacara yang berkaliber dan berbakat besar. Apa sahaja rancangan yang dikendalikan olehnya pasti mendapat respon baik netizen. Boleh dikatakan Awal memang merupakan pengacara hebat. Semua sedia maklum Awal sudah mengacara rancangan Melodi 6 tahun.

Memang sekejap masa berlalu..Terbaru Awal sudah sahkan perkhidmatannya menjadi pengacara Melodi adalah buat kali terakhir. Ramai netizen sedih..

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri” @meloditv3

Menerusi perkongsian Awal di laman Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa dia akan mengundur diri dari Melodi. Dia turut mengatakan dia sudah lama di dalam Melodi dan sudah tiba masanya dia keluar dari zon selesa.

Awal Ashaari, AG Tinggalkan Melodi

PETALING JAYA: Dua hos Melodi iaitu Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG mengumumkan pengunduran mereka sebagai pengacara program hiburan popular itu.

Pengumuman mengejut itu dibuat mereka pada penghujung segmen program itu yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad.

Awal menerusi kenyataan di Instagram memberitahu sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi.

“Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri daripada program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini.

“Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program,” tulisnya.

AG pula memberitahu selama tiga tahun bersama Melodi memberi kenangan manis buat dirinya dan akan sentiasa menyokong program tersebut.

“Pengacara bersilih ganti yang penting saya penonton Melodi dan berpeluang menonton hos terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Awal dalam kenyataan di Instagram turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang dia menggalas tanggungjawab sebagai hos Melodi.

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Awal Ashaari mengumumkan pengundurannya daripada program hiburan popular, Melodi selepas hampir enam tahun mengendalikannya.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, menerusi satu kenyataan di laman Instagram berkata, sudah tiba masanya dia keluar dari zon selesa dan enam tahun ialah satu tempoh yang cukup untuk kekal dalam sesuatu program.

“Terima kasih kepada semua pihak pengurusan terutama rakan-rakan penerbit dan wartawan yang berhempas pulas mengisi bahan untuk memastikan Melodi ke udara setiap minggu.

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan gandingan dan artis jemputan sepanjang enam tahun ini yang sudi melayan kerenah saya,” tulisnya.

Antara pengacara yang pernah mengendalikan Melodi sebelum ini ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Raja Azura dan Saiful Apek. – K! ONLINE

Hos Awal Ashaari mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada program Melodi selepas enam tahun bergelar pengacara program hiburan popular itu.
Awal mengumumkan perkara tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Awal berkata, sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi.

“Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri daripada program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini.

“Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program.

“Buat peminat setia Melodi saya memohon maaf sekiranya ada tersalah terkasar bahasa sepanjang kita bersiaran,” tulisnya.

Sementara itu pengacara bersama Awal, AG turut mengumumkan bahawa dia juga meninggalkan program itu setelah tiga tahun bergelar hos.

Pengumuman mengejut itu dibuat mereka pada penghujung segmen program itu yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad.

Sumber : Awal Ashaari