Ritual Gemparkan Stesen Minyak!

JOHOR BAHRU: Stesen minyak yang menjadi tempat pembunuhan seorang ketua kumpulan kongsi gelap di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini pada malam Ahad, sekali lagi mencuri tumpuan pada Rabu.Ini berikutan terdapat upacara ritual dilakukan di tempat kejadian bagi memangggil semula roh mangsa yang terbunuh.Upacara bermula pada 4.49 petang dengan dilakukan oleh dua sami sambil dihadiri dua wanita dipercayai isteri mangsa dan rakannya.Beberapa anggota polis dan media daripada pelbagai organisasi turut berada di lokasi kejadian sejak pukul 3.30 petang bagi mengawal keselamatan dan membuat liputan mengenai upacara itu.

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, upacara sedemikan penting kerana roh seseorang yang mati secara tragik misalnya membunuh diri dan dibunuh akan berkeliaran di kawasan lain selepas insiden dan perlu dipanggil balik ke tempat asal (rumah) bagi memastikan rohnya tenang.

Upacara tamat pada pukul 5.30 petang.

Dalam kejadian Ahad lepas,mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian pembunuhan lelaki itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Justeru, usaha untuk menjejaki dan memburu keempat-empat suspek sedang giat dijalankan.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Sementara itu, di Nirvana Memorial Centre, Jalan Gelang Patah-Skudai pagi,, beberapa anggota keluarga mangsa dilihat sedang sibuk membuat persiapan untuk upacara penghormatan terakhir kepada mangsa.

Media yang hadir dengan niat untuk menemubual anggota keluarga mangsa dilarang mendekati tempat upacara. Mayat mangsa juga difahamkan akan dikebumikan di sebuah taman peringatan di Melaka pada Khamis ini memandangkan mangsa berasal dari sana. – Bernama

Kes Bunuh, Gilis: Kerja ‘Pembunuh Upahan’

JOHOR BAHRU: Kes bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak pada Ahad lalu menemui satu cerita baharu.Mangsa kemungkinan besar menjadi tumpuan beberapa ‘pembunuh upahan’.

Pada kejadian tersebut, seorang lelaki berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayarnya, namun mati ditempat kejadian selepas ditikam di bahagian jantung.

Pihak polis telah mengenal pasti pembunuh dan kini sedang memburu empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih ketika kejadian berlaku di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Kalil kader Mohd berkata, kenderaan tersebut menggunakan nombor plat palsu WB79L.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/19/kes-tikam-gilis/~/media/f2c989fa71e64fa5b7d3ccef518ec688.ashx?la=en

“Kami mengesan pemilik asal nombor plat itu, dan dia tiada kena mengena dengan kes ini,” ujarnya dalam satu kenyataan sambil menambah sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

Laporan media berbahasa Cina mendakwa bahawa terdapat harga bagi mendapatkan kepada mangsa tersebut.

Dilaporkan ganjaran sebanyak RM23,888 untuk maklumat mengenainya dan RM32,888 jika dia berjaya ditangkap.

Mangsa berusia 44 tahun itu dikenali sebagai Ah Chiu diserang empat lelaki yang cuba menariknya masuk ke dalam kereta, namun dia menolaknya sebelum ditikam.

Mangsa rebah dan badannya digilis sebelum empat lelaki itu beredar.

sumber: mstar

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/19/kes-tikam-gilis/#0GwUl8leIyCyfVQs.99