Eksploitasi Haiwan? Aksi Neelofa Di Kecam Selebriti Tempatan

Neelofa dikecam kerana ‘posing’ bersama ikan lumba-lumba, didakwa mengeksploitasi haiwan terancam.

Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dikritik apabila bergambar bersama ikan lumba-lumba semasa beliau berada di Dubai baru-baru ini. Hal ini turut diluahkan oleh pengacara dan personaliti tempatan, Rina Omar.

“Maaf Neelofa, anda memiliki rupa, kejayaan dan sebagainya – tetapi dengan menyokong tempat tarikan bersama ikan lumba-lumba adalah tidak hebat sama sekali,  [Hangat.com] terutamanya mempengaruhi jumlah peminat anda yang ramai. Bersangka baik, mungkin ia disebabkan kurang kesedaran terhadap perkara ini.”

Kerata Akhbar dari Harian Metro
Ikan lumba-lumba ini dikategorikan sebagai haiwan terancam di Malaysia mengikut “Akta 686 Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Ikan Terancam 2008”. Spesies ini adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. [Hangat.com] Tidak selayaknya ikan lumba-lumba untuk diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan perliharaan, pertunjukkan atau permainan.

Luahan ini turut mendapat reaksi dari netizen yang menyokong kenyataan ini.


“Kita semua menyayangi ikan lumba-lumba tetapi tidak sama sekali akan mengorbankan rohani dan jasmani mereka hanya untuk kepuasan diri. Cara terbaik dan paling jimat untuk melihat mereka adalah di lautan. Tak perlu untuk peluk atau tunggang. Mereka tidak memerlukan stres lain.”

Sepatutnya Neelofa perlu lebih peka dan memahami akan sensitiviti mengenai perkara itu terutama membabitkan tentang haiwan yang semakin pupus dan dilindungi.

Sumber -[Hangat.com]