Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu

Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Cucuk je ubat ni dekat punggung dia, habis cerita.

Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya. Untuk maklumat lebih lanjut tentang ubat peluru ni, baca perkongsian daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar di bawah.

 

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat peluru atau supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni aku nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat suppositories untuk Demam/Painkiller, iaitu:
Paracetamol, PCM (acetaminophen)
Diclofenac sodium (voltaren)

Bila nak guna ubat Supp ini?
Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.
Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:
Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?
Jawapan aku, dua-dua bagus. Satu kajian randomized control trials ada dibuat pada tahun 2013 membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?
Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.

Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?
Dalam kes allergic PCM.
Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai painkiller (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh).

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?
Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.
Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan.
Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

Dos Penggunaan
Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.
Kredit Foto: Khairul Faizie Mohammad Kamar
Supp PCM 125mg:

6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

 

Supp PCM 250mg:

5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

Kredit Foto: Khairul Faizie Mohammad Kamar
Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 – 2mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk exact dose ubat dalam kes paediatrik, rujuk doktor anda. Dos yang aku tulis ni hanya sebagai rough guidelines sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul
Kredit Foto: Khairul Faizie Mohammad Kamar
Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).
Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.
Lepas masukkan ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.
Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan (tak perlu tunggu lama), ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

 

Sumber: Khairul Faizie Mohammad Kamar